Selasa, 31 Ogos 2010

Cintakan Dunia Atau Akhirat?

  Assalammualaikum WBT kepada para sahabat yang melawat laman blog al-fakir dan Ahlan Wa Sahlan al-fakir ucapkan kepada antum semua. Pada kesempatan ini al-fakir ingin menulis artikel mengenai Cintakan Akhirat atau Dunia?.

 Pertamanya syukur ke Hadrat Ilahi kerana tidak putus-putus memberi segala Nikmat yang banyak untuk kita teruskan perjalan kita dimuka bumi Allah SWT ini. Selawat Dan Salam keatas Rasulullah SAW penghulu segala Nabi dan Rasul dan juga Khatamun Anbiya`.

 Sahabat Sekelian,

 Dunia ini tempat persinggahan kita dan tempat kita mencari bekalan untuk teruskan perjalanan hingga sampai ke Akhirat, erti kata lain Dunia ini hanyalah sementara bagi kita dan kita tidak akan kekal didalamnya, Akhirat jualah tempat yang kekal sama ada kita digolongkan kegolongan yang baik ataupun sebaliknya (a`uzubillahi min zalik). Kata Nabi SAW "Dunia ini penjara bagi umat Islam dan syurga bagi Kafir", Dunia ini bagaikan penjara bagi kita selaku umat Islam, Tetapi kebanyakan kita menggunakan Dunia selaku Syurga yang nyata padahal perjalan Akhirat kita masih berjuta-juta batu jauhnya. Sedar tak sedar kita selaku umat Muhammad lebih cintakan dunia dari akhirat, kita gadaikan Akhirat kita untuk Dunia yang sudah tua ini.
al-fakir teringat satu Hadis Nabi SAW Mafhumnya"akan tiba suatu zaman manusia akan dikerumuni bangsa lain lalu para sahabat bertanya"apakah waktu itu kami sedikit ya Rasulullah"lalu Baginda bersabda "waktu itu Umat Islam bagaikan buih di lautan tapi tiada menfaat mereka dijangkiti penyakit Wahan"Lalu Para Sahabat bertanya"apakah Wahan ya rasulullah"Nabi SAW bersabda"Cintakan dunia dan takut kepada kematian"(Hadis Riwayat Bukhori dan Muslim Rahimahullahu Ta`la anhuma)
Pada Hadis ini jelaslah yang dimaksudkan oleh Nabi SAW adalah kita kerana kita ialah Umat yang terakhir, para sahabat sekelian cuba kita perhatikan dan teliti adakah penyakit Wahan ini ada pada kita?(a`uzubillahi min zalik),Sebenarnya banyak Hadis yang menceritakan tentang Akhir Zaman seperti juga Hadis daripada Ummu salama Rodhiallahu ta`ala anha katanya"telah terjaga Nabi SAW pada suatu malam lalu berkata"Subhanallah,adakah telah turunya Azab dan adakah telah turunya khazanah,Bangunlah Wahai Penhuni bilik.kerana banyak Manusia Berpakaian di dunia dan bertelanjang di akhirat."(Bukbhori dan Muslim).
Hadis ini menceritakan,Nabi SAW telah bermimpi satu mimpi yang buruk lalu Bagin SAW terjaga dan mengatakan Subhanallah apakah telah allah turunkan azab dan adakah telah turunnya khazanah, zaman sekarang ini betapa banyak penemuan baru dari hasil bumi ini satu petanda yang kita dah dekat dengan hari Qiamat.Lalu nabi berkata Bangunlah Wahai penghuni bilik kerana banyak Manusia berpakaian diDunia dan bertelanjang di Akhirat maksudnya banyak kita ini kaya didunia tetapi di Akhirat tiada Amalan yang menutup tubuh badan kita. hadis ini juga mengaitkan tentang akhir zaman kelak adakah kita akan terselamat dari fitnah dunia atau terlepas daripadanya Moga-moga kita digolongkan oleh Allah SWT dikalangan orang-orang yang bertaubat.(Wallahu a`lam)

Selasa, 10 Ogos 2010

Untuk mama ngan ayahhh

 Assalammualaikum buat sahabat-sahabat...Sekian lama blog al-faqir tidak diisi dengan artikel-artikel yang manfaat..di sebabkan kesibukan al-faqir di bumi Muassasah yang barokah ini..hem..

  Hari ini al-fakir ingin mengucapkan Selamat Menyambut Bulan ramdhan buat semua umat Muhammad SAW dan kepada mama ngan ayah serta keluarga dirumah...dikala mama bersuka ria berbuka bersama anak-anak t`cinta anak mu di Bumi SMIDU berbuka dengan sahabat-sahabat..hehe..mesti mama ngan ayah gembira disana.

 mama azam disini masih merindui kalian dirumah..kalau diikutkan hati ingin azam lariikk balikkk!!!tetapi apakan daya anakmu masih dahagakan Ilmu dan masih berasa kerdil di bumi allah ini...Setangkal doa yang azam harapkan dari mama dengan ayah..Moga-moga azam akan menerangi Umat Muhammad dengan cahaya ilmu..doa-doakan azam dapat menyambung dakwah para nabi dan akan membawa kebenaran di kala Umat Muhammad dalam keadaan kegelapan..azam masih memerlukan doa mama ngan ayah...doa-doakan bila azam pulang kesabah dapat menunjukkan teladan yang baik buat adik2..azam minta maaf kat mama kerana masih tidak dapat memenuhi hasrat mama ngan ayah..doa-doakan anak mu bakal menjadi Ulama` yang akan membebaskan Umat Muhammad SAW dari kegelapan...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...