Khamis, 17 Jun 2010

Islam itu Suci

Assalammualaikum kepada Sahabat-sahabiah sekelian.Pertama-tamanya mari sama-sama kita mensyukuri nikmat Allah SWT yang amat banyak dia kurniakan kepada kita dari kita membuka mata pagi tadi hingga kita akan memejamkan balik mata kita untuk kita melayar bahtera di malam hari.Setiap detik setiap minit setiap saat nikmatnya tidak akan berhenti,seorang Ulama` berkata"Kalau di dunia ini yang paling besar ialah Laut ingatlah nikmat Allah SWT lebih besar daripada laut tadi."Inilah yang dinamakan maha pemurah allah SWT tidak pula menyuruh kita membayar nikmatnya tidak pula Allah menyuruh membalasnya dan dia tidak mengharap kita membayarnya sebegitu luas nikmat allah SWT kepada Hamba-Hambanya.



Selawat dan Salam Keatas junjungan Nabi SAW yakni khotamun anbiya`(Penutup sekalian Nabi)yang amat al-faqir rindui dan para sahabat yang sanggup menghabiskan masa untuk melindungi Nabi SAW dan menyebarkan agama Allah SWT di muka bumi Para-Para Tabi`e dan Tabi`e tabi`in serta para Ulama` terdahulu yang menggunakan kehidupan mereka semata-mata mencari keredhaan Allah SWT.



Terdetik hati al-faqir untuk menulis sebuah artikel yang bertajuk islam adalah agama suci.Hati ini terdetik bilamana al-faqir ke Masjid At-Tasnim di Putatan Sabah atas tujuan mesyuarat Lujnah Dakwah Kebajikan Sabah atas Pertubuhan MUIS(Majlis Ugama Islam Sabah).Bila sampai di sana Al-faqir di beri kepercayaan untuk memberi kuliah maghrib di sana.Selepas habis sembahyang isya` al-Faqir melihat sekelompok tabligh yang kebetulan ada di sana.Al-faqir melihat pakaian tabligh tersebut agak berkedut terlintas di hati al-faqir untuk menanyakan tentang pakaian mereka itu.



Lalu al-faqir bertemu dengan mereka

(Hijau Al-faqir.Merah antara tabligh)

"Assalammualaikum"

"Wa`alikum salam "

"dari mana semua neyh"

"kami daripada Allah SWT "

"oh..antum semua dah makan"

"alhamdulillah kami telah makan rezki yang di beri Allah SWT"

"ana ada kemusykiln yang ana nk tnya pada antum,boleh tak??"

"kalau kami rasa kami patut jawab insyaallah kami jawab"

"hum..macam ni ana selalu tengok golongan tabligh memakai baju yang berkedut sebab ape ek..?"

"ohh…kami memakai begitu sebab tidak mahu menjadi riak apabila berbaju bersih lagi cantik,bukankah riak itu syirik kecil,kami takut kami di golongkan di kalangan orang yang riak"

                                                                ***************

 Ini antara dialog ini mereka menggunakan bahasa Sabah jadi alfaqir mengubahkan supaya mudah di fahami.Berbalik pada asal tajuk,jadi al-faqir kurng bersetuju dengan pendapat tabligh tadi bukan bermaksud al-faqir membantah pendapat mereka Cuma sedikit pandangan al-faqir sebab al-faqir sedar akan kedudukan al-faqir yang tidak layak untuk memberi komentar atau tuduhan keatas mereka Cuma ilmu yang Allah ta`ala kurniakan keatas al-faqir ini dapat al-faqir membuat sedikit pandangan sahaja.



Al-faqir teringat akan sabda nabi SAW:

قال رسول الله صلى الله عليه وسلم :  
 
                                                                       "الطهور شطر الإيمان"

                                                           "kesucian itu separuh dari iman"

 Dan sabda nabi SAW

 
"النظافة من الإمان"

"kebersihan itu sebahagian daripada iman"

 Islam mengutamakan kebersihan/kesucian kerana ia menjadi tunjang atau tiang utama di antara segala tiang tempat berdirinya islam.Sebab kita sebagai seorang muslim haruslah suci kalau kita belajar feqah bab pertama ialah bersuci(الطهارة).Ini membuktikan islam amat menitik beratkan keatas kesucian.Contohnya:apabila kita hendak memegang al`quran haruslah bersih dari segala najis sebab islam mengutamakan suci/kebersihan seperti mandi junub wudhu` dan sebagainya.


  Kalau kita tengok nabi SAW sendiri bersih walaupun pakaiyan bertampal tetapi pakaiyan nabi bersih dan suci.Tambahan kita yang hendak berdakwah ke jalan Allah SWT kita kena bersih ini salah satu imej sebagai seorang pendakwah.Kerana sesorang yang kita nk berdakwah mereka akan melihat imej kita kalau kita selekeh atau tak terurus macam mana mereka nk menerima kita atau nak mengikuti kita,ini jelas firman allah SWT dalam Surah Al-mudatsir 1-5


 Bermaksud"Wahai orang-orang yang terselimut.bangunlah!lalu member peringatan.dan tuhan mu agungkanlah.Dan pakaianmu bersihkanlah.Dan Perbuatan dosa hendaklah enkau jauhi"


 Penerangan ini Allah SWT menurunkan kepada para pendakwah ayat yang berbunyi"Bangunlah!lalu member peringatan"bemaksud allah menyuruh kita berdakwah di jalannya dan Allah SWT menyuruh kita mebersihkan pakaian untuk berdakwah kerana itu merupakan imej kita macam al-faqir katakan tadi imej itu penting untuk kita berdakwah kerana pertama sekali orang akan tengok imej kita.


 Jadi setakat itu sahaja daripada al-faqir ini yang baik datang daripada allah SWT yang buruk daripada kekurangan yang ada dalam kelemahan diri al-faqir ini Cuma akhir sekali al faqir nk kita sama2 hayati firman Allah SWT yang berbunyi"

"Sesungguhnya Allah Menyukai orang-orang yang bertaubat dan Menyukai orang-orang yang menyucikan diri"

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...