Jumaat, 25 Februari 2011

!KATA KAT ORANG!

  حَمْدًا لِرَبٍّ خَصَّنَا بِمُحَمَّدٍ وَأَنْقَذَنَا مِنْ ظُلْمَةِ الْجَهْلِ وَالدَّيَاجِرِ اَلْحَمْدُلِلّهِ الَّذِيْ هَدَاناَ بِعَبْدِهِ الْمُخْتَارِ مَنْ دَعَانَا إِلَيْهِ بِاْلإِذْنِ وَقَدْ ناَدَانَا لَبَّيْكَ ياَ مَنْ دَلَّنَا وَحَدَانَا صَلَّى اللهُ وَسَلّمَّ وَبَارَكَ عَلَيْهِ وَعَلَى آلِهِ اَلْحَمْدُلِلّهِ الَّذِيْ جَمَعَنَا فِي هَذَا الْمَجْمَعِ اْلكَرِيْمِ وَالْحَمْدُلله الَّذِي جَمَعَنَا فِيْ هَذِهِ 
 الْمُنَاسَبَةِ الطَّيِّبَةِ الطَّاهِرَةِ



   Kemuliaan Hari yang diberikan oleh Allah SWT kepada Sekelian hamba-hambanya. Bersyukur kepada Allah SWT kerana memberi kita bermacam-macam nikmat yang tidak terhitung banyaknya.


  "Ang ni pulun la."
  "AZAM tu Dahla Pulun pastu dok Prasan"


 Ini antara ucapan-ucapan yang sering Al-fakir dengar dalam mulut orang-orang yang mengata dekat Al-fakir. Tidak habis dengan mengata ditulis nama Al-fakir sekitar tandas-tandas. Kadang-kadang sakit hati mendengar tomahan seperti ini . Tidak habis mengata ada juga segelintar menfitnah, baru-baru ini Al-fakir mendapat maklumat si ANU telah menfitnah Alfakir dalam blog si ANU tersebut dan bila Al-fakir tengok Si Anu ini bukanlah budak-budak yang patut diberikan teguran bila 'DOK KATA KAT ORANG' tapi si ANU ini dah boleh jadi Ustazah kalau nak. Al-fakir pelik mana pergi ilmu yang ditanam didalam hati kenapa tidak disiram ilmu tersebut? PELIK sungguh. Tapi Al-fakir bukan orang yang layak menegur mereka ini kerana jika hendak dibandingkan ilmu Al-fakir dengan mereka 'memang xley lawan'.

 Pada mulanya agak sakit hati mendengar tomahan dan fitnah tersebut apatah lagi yang betul-betul kita tidak melakukan perbuatan yang difitnah tersebut, tapi bila difikir balik inilah satu dugaan apabila kita menyampaikan tugasan dakwah Nabi SAW. Mula diri Al-fakir berfikir sejenak "ni baru aku yang fakir hina disisi Allah Ta`la macam mana agaknya Hinaan tomahan dan cacian yang dilemparkan kepada Junjungan SAW?". Tidak kisah la sekadar cacian yang biasa rasa tak padan apa yang dilanda oleh kekasih kita SAW.


وَيۡلٌ۬ لِّڪُلِّ هُمَزَةٍ۬ لُّمَزَةٍ
Kecelakaan besar bagi tiap-tiap pencaci, pengeji, (1)

 tak payah nak buka quran carik surah-surah yang panjang buka ayat lazim cukup untuk melihat Ancaman oleh Allah kepada orang-orang yang suka sangat dok kata kat orang. 

 Bila Ilmu telah ditanam dihati kita maka bajalah ilmu dengan beramal Insyaallah akan menjadi orang yang mulia kelak.  



2 ulasan:

  1. Buat akh AL-FAQIR,
    mabruk kerana x mudah menggelabah apabila dikata,berbahagialah menjalani ujian ini. moga kesabaranmu,kerja buat dakwahmu dipandang ALLAH!
    lagi besar ujian & kesulitan lg besar ganjaran yg akn diterima! teruskan berdakwah..ALLAHU A'LAM!! siru 'ala barakatiLLAH!

    BalasPadam
  2. barakallah ya akhi...sebenarnya dalam didalam kesukaran itu terselit kebahagiaan dan didalam mengharungi kebahgiaan kita tidak sedar didalamnya terselit kecelakaan..jadi kata guruku "kadang-kadang bala itu ialah kebahgiaan." wallahu `'lam

    BalasPadam

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...