Selasa, 23 November 2010

7 GOLONGAN DI BAWAH LINDUNGAN ALLAH SWT 1

      BismillahiRahmaniRahim.....

  Alhamdulillah,segala limpah dan kurnianya yang masih diberi keatas kita nikmat yang banyak dan nikmat yang paling tutas diberikan kepada kita yaitu nikmat Iman dan Islam. Yang mana nikmat ini tidak diberi kepada agama-agama lain dan ketahuilah nikmat ini hanya dapat pada orang yang islam,Alhamdulillah.

  Dan syukur kepada Allah SWT dengan segala kemudahan yang diberi kepada al-fakir,walaupun al-fakir agak sibuk kebelakangan ini tetapi Allah masih memberi kekuatan dan ketabahan untuk terus berdakwah kejalanya. Semalam al-fakir pergi ke masjid Negri Sabah al-fakir melihat ada seorang lelaki yang al-fakir kira umurnya dalam lingkungan 17 tahun,al-fakir melihat gerak geri orang dari tingkah lakunya seperti pelajar agama....lalu al-fakir cuba untuk menghampiri lelaki ini dan apabila al-fakir menghampirinya al-fakir memberi salam dan berbual-bual dan alangkah terkejut al-fakir pemuda ini bersekolah di sekolah yang agak teruk di sabah..al-fakir meminta keizinan untuk beredar. Alangkah terharu dan bersyukur dihati al-fakir kerana masih ada dikalangan remaja yang bersekolah sekular masih memingati Allah SWT.
  Dan apabila al-fakir pulang al-fakir membuka satu kitab dan kebetulan terbuka satu bab yang bertajuk "7 GOLONGAN DI BAWAH LINDUNGAN ALLAH DI AKHIRAT" yang mana di tulis oleh Ust.Hj.Zakaria Hj.Omar,al-fakir membaca satu hadis nabi yang sohih dan nanti akan al-fakir huraikan.

  Sahabat-sahabat sekelian setelah berlakunya kiamat kita seluruh manusia dari zaman nabi Adam hinggalah ke Umat akhir zaman dikumpulkan untuk di hisab. Pada hari itu semua tidak berpakaian sepertimana mafhum hadis Nabi SAW"pada hari itu mereka bertelanjang,Lalu aisyah bertanya "tidak malukah mereka melihat antara satu sama lain"Lalu Nabi Muhammad SAW bersabbda"pada hari itu tidak terlintas difikiran mereka untuk melihat antara satu dengan lain kerana mereka sedang melihat akan tempat pembalasan mereka".Hal ini membuktikan di akhirat kelak kita tidak akan sempat menyapa antara satu dengan yang lain kerana asyik memikirkan tempat kembali mereka.Di akhirat juga kita seluruh umat akan merasa panas yang amat kerana waktu itu matahari sejengkal dengan kita ini seperti mana hadis Nabi Muhammad SAW

ان الشمس تدنو القيامة حتى يبلغ العرق نصف الاذن
رواه ابو داود و الحكم
(Sesungguhnya matahari amat dekat(sejengkal diatas kepala)pada hari kiama sehingga peluh seseorang itu sampai ke setengah telinga)


 Hal menunjukkan betapa panas nya di akhirat kelak dalam keadaan tidak berpakaian dan mata hari sejengkal dengan kita...dan dalam keadaan terseksa dan merana Allah masih memberi peluang kepada 7 golongan untuk berada di bawah lindungannya..Kita perhatikan hadis nabi ini dan insyaallah al-fakir akan huraikan...

7 GOLONGAN DI BAWAH LINDUNGAN ALLAH SWT DI AKHIRAT KELAK




قال رسول الله صلى الله عليه وسلم
  سبعة يظلهم الله فى ظله يوم لا ظل إلا ظله إمام عادل وشاب نشأ فى عبادةالله ورجل قلبه معلق بالمسجد إذا خرج منه حتى يعود إليه ورجلان تحابا فى الله فاجتمعاعلى ذلك وافترقا عليه ورجل ذكرالله خاليا تفاضت عيناه ورجل دعته امرأة ذات منصب و جمال فقال إنى أخاف الله رب العالمين ورجل تصدق بصدق فأخفاها حتى لا تعلم شماله ما
تنفق يمينه

Rasulullah SAW bersabda:-

 Tujug golongan manusia akan dilindungi oleh Allah pada hari dimana tidak ada perlindungan kecuali perlindunganNya iaitu 1)Imam yang adil
2)Pemuda/remaja (lelaki/perempuan) yang tekun beribadat kepada Allah SWT
3)Seorang lelaki yang hatinya terpaut kepada masjid(hatinya teringat akan masjid) dari masa ia keluar hingga dia masuk balik kedalam masjid
4)Dua orang lelaki berkasih-kasihan didalam mencari redha Allah SWT,keduanya bertemu kerana Allah dan berpisah juga kerana Allah
5)Seorang lelaki yang mengingati Allah,di masa sunyi sepi sehingga menitiskan air mata.
6)Seorang lelaki yang diajak oleh sorang wanita yang berkududukan tinggi,cantik rupa parasnya untuk melakukan perbuatan jahat,ia berkata"aku takut Allah Tuhan pencipta Alam"
7)Seorang lelaki yang memberi sedekah dengan sesuatu sedekah,lalu disembunyikan sedekah itu,sehingga tangan kirinya tidak mengetahui apa yang di infakkan"


2 ulasan:

  1. salam,

    abang nak tanya skit, hadith ni riwayat sapa eh? saya nak cuba cari matannya...

    trime kasih..

    BalasPadam
  2. Wa`alikassala, ya Akhi....

    HR ABU DAUD DAN IBNU MAJJAH

    BalasPadam

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...