Khamis, 17 Jun 2010

Remaja Zaman Sekarang

  Assalammualaikum W.B.T..

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Dan Maha Penyayang,yang memberi berbagai-bagai nikmat yang terbentang luas kepada kita selaku hambanya.Selawat dan Salam keatas Rasullullah SAW yang telah mengharungi Onak dan Duri untuk menegakkan agama Allah SWT di muka bumi para-para Sahabat yang telah bertungkus-lumus menyebarkan agama yang satu(Islam)para-para tabi'in dan tabi`e tabi`in serta ulama`-ulama` terdahulu yang tidak jemu-jemu mengembangkan lagi perjuangan Sahabat.

 Untuk artikel ini diri al-faqir ingin menyentuh serba sedikit masalah Remaja zaman sekarang.Remaja bermaksud dipertengahan usia dan apabila mengahrungi Zaman Remaja memang agak sukar kerana di sesorang kanak-kanak apabila harungi Zaman Remaja maka akal dan fikiran mula berubah kalau kita melihat dari segi zahir yang berubah antaranya badan yang dahulunya kecil apabila harungi remaja sudah besar,suara yang dulu seperti wanita sudah menjadi besar dan kasar dan sebagainya.Zaman ini juga(Zaman Remaja)remaja-remaja akan mencuba sesuatu yang mereka tidak kenal suatu ketika dahulu.

 Al-faqir akui semua ini kerana diri al-faqir juga remaja.kalau kita lihat mahfum hadis Nabi SAW antara orang yang akan mendapat pelindung daripada Allah SWT antaranya sesorang Remaja(شباب)yang hatinya terpaut kepada Masjid.

 Kalau kita lihat pada zaman sekarang berapa banyak remaja yang hatinya terpaut kepada Masjid mungkin ada tetapi al-faqir akui "Boleh kira pakai Jari je,.,"kerana apabila al-faqir dan rombongan Dakwah dan Kebajikan ke masjid-masjid al-faqir lihat hanya `Vateren`(orang tua)sahaja yang al-faqir nampak terus terang al-faqir cakap al-faqir ingin mencari sesorang remaja yang selalu hadir ke masjid kerana al-faqir ingin bersahabat dengan orang tersebut.

 Kita kembali ke tajuk asal.Al-faqir melihat mejoriti remaja-remaja zaman sekarang amat teruk dan ada yang tidak faham agama bila di tanya "kamu agama apa"mereka akan menjawab"aku islam bro0o"tapi kalau di tanya apa itu islam kebanyakan mereka bisu seolah-olah tidak boleh bercakap kerana betapa jahilnya mereka tentang agama yang meraka anuti.

 Al-faqir berkata begini bukanlah al-faqir ini remaja yang baik dan soleh,al-faqir sedar kekurangan yang ada pada diri al-faqir dan al-faqir tidaklah layak untuk membahas soal ini.Tetapi hati al-faqir sering resah apabila melihat kejadian remaja zaman sekarang.Dan Al-faqir berkata sebegini bukanlah al-faqir tidak selidik,al-faqir telah selidik daripada kawan-kawan al-faqir sendiri.Kawan-kawan al-faqir banyak tergolong dalam gejala sosial ada yang pernah meminum arak,berzina,merempit dan pelbagai lagi.

 Remaja sepatutnya menjaga kehormatan diri.Setiap hari ada sahaja kes beranak buang bayi dan sebagainya,yang lebih mengejukan al-faqir ialah yang membuat perbuatan itu bukan dari kalangan dewasa tetapi dari kalangan Remaja yang dalam lingkungan 14-18 tahun.Amat sedih bila al-faqir melihat kejadian seperti ini lingkungan umur 14-18 ini selayaknya berada di depan buku dan belajar tetapi sebaliknya yang terjadi lingkungan ini sudah ada di panggil emak atau ayah kerana hasil perbuatan zina.Firman Allah SWT yang bermaksud"Janganlah Kamu hampiri zina"di sini Allah SWT melarang orang menghampiri zina apatah lagi membuat ia adalah perbuatan yang amat keji di dalam islam.

 Mungkin terjadi seperti ini adanya teknologi yang canggih membuatkan syaitan laknatullah a`laih lebih mudah untuk menghasut al-faqir bukan hendak menyalahkan teknologi tetapi pengguna itu sendiri tidak faham apa gunanya teknologi.Dengan adanya Handset senang mereka berSMS dan berbual-bual.Mula-mula berchating,agak lama berchating terasa hati untuk mintak no fon agak lama berSMS terasa hati pulak hendak berjumpa alasan nk berkenal secara LIVE setelah berjumpa secara LIVE di situ la mula syaitan menjalankan tugasnya kerana Nabi SAW bersabda mahfumnya"apabila seorang laki-laki berkhalwat dengan seorang perempuan maka orang ketiga diantara mereka ialah Syaitan"na`uzubillah (Ya,Allah lindunglah kami dari perbuatan ini).

 Remaja ialah bakal mengganti Generasi-generasi akan datang(شباب اليوم رجال الغد)Remaja zaman sekarang ialah generasi akan datang.Jadi harapan al-faqir agar remaja-remaja yang membaca artikel ini supaya marilah sama-sama kita kembali kepada Al-quran dan As-sunnah supaya kita tidak sesat di kemudian hari dan marilah sama-sama kita menjadi Qudwah kepada remaja di luar sana insyaallah.Segala yang baik itu daripada Allah SWT dan yang buruk itu dari kelemahan yang nyata pada diri al-faqir ini moga-moga kita mendapat Hidayah daripada Allah SWT.(Aminnnn!!)
                                                                              

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...