Selasa, 18 Jun 2013

Ikhlas kah kita??

الحمدلله رب العالمين و الصلاة و السلام على أبي القاسم أمين و على آله وصحبه آجمعين
فإن أصدق الحديث كتاب الله وخير الهدى هدى محمد صلى الله عليه و سلم,و شر الأمورمحدثتها وكل محدثة بدعة و كل بدعة الضلالة و كل الضلالة في النار

 Alamdulillah, diberikan kita Nikmat yang tidak terhingga oleh Allah Subhanahu wa ta`ala..Nikmat ini yang membuatkan diri kita selalu berasa bersyukur kepada Allah Subhanahu Wa Ta`ala..

 Untuk artikel kali ini, Al-faqir ingin menyentuh sedikit berkenaan dengan Ikhlas. sebelum kita pergi lebih jauh apa yang boleh kita takrif kan tentang ikhlas???..

 Ikhlas ialah : " melaksanakan taat semata-mata kerana Allah sendiriNya, bukan di maksudkan memperolehi kebesaran dari manusia, ataupun penghormatan. Dan bukan pula untuk memperolehi sesuatu keuntungan dunia atau menolak sesuatu bencana keduniaan."

ok, itu bagi takrif ikhlas...jadi disini al-faqir nak kita semua lebih tahu secara mendalam/ tafsilan lagi berkenaan dengan ikhlas. Allah berfirman

و إن لكم في الأنعام لعبرة نسقيكم مما في بطونه من بين فرث ودم لبنا خالصا سآئغا للشاربين 

"Dan sesungguhnya pada binatang itu ada pengajaran. Kami memberi minum daripada apa yang berada dalam perutnya (berupa) susu yang bersih antara tahi dan darah, yang mudah ditelan bagi orang-orang yang meminumnya."

dari tafsiran kita disini..ayat ini sebenarnya ayat yang menunjukkan makna sebenar ikhlas itu sendiri. Allah Subhanahu wa ta`ala menggunakan binatang sebagai tamthil / contoh supaya kita orang yang berakal mudah faham makna ikhlas, iaitu Allah asingkan antara tahi dan darah lalu Allah keluarkan/ jadikan susu yang bersih dari perut binatang lalu langsung tiada darah dan najis tersebut. Kalaulah Allah tidak asingkan antara tahi dan darah duduk sekali bersama susu itu agak-agak minuman itu bersih atau tidak?. Sudah pasti jawapannya tidak bersih sebab mengandungi Najis. Demikian juga Allah subhanahu wa ta`ala, faham kita disini kalau sesuatu benda yang kita buat ada didalamnya selain Allah sudah tentu tidak dikira ikhlas, seperti mana susu dan tahi/darah tadi...sudah pasti tidak kita minum sebab ada benda yang lain masuk dalamnya (susu) itu tadi.

 Itu sedikit huraian mengenai ikhlas yang boleh kita fahami disini..

Persoalaannya sudahkah kita ikhlas dalam melakukan setiap amal kebajikan yang kita buat?, adakah kita pastikan niat kita membuat sesuatu pekerjaan itu ikhlas atau tidak?..renungan kita bersama berkenaan satu hadith baginda Nabi Sallahu a`alaihi wa sallam..

عن ابي هريرة : سمِعْتُ رَسُولَ اللَّه صَلّى اللهُ عَلَيْهِ وسَلَّم يَقُولُ : « إنَّ أوَّلَ النَّاسِ يُقْضَى يوْمَ الْقِيامَةِ عَليْهِ رجُلٌ اسْتُشْهِدَ ، فَأُتِىَ بِهِ ، فَعرَّفَهُ نِعْمَتَهُ ، فَعَرفَهَا ، قالَ : فَمَا عَمِلْتَ فِيها ؟ قَالَ : قَاتَلْتُ فِيكَ حَتَّى اسْتُشْهِدْتُ : قالَ كَذَبْت ، وَلكِنَّكَ قَاتلْتَ لأنَ يُقالَ جَرِيء ، فَقَدْ قِيلَ ، ثُمَّ أُمِرَ بِهِ فَسُحِبَ عَلى وَجْهِهِ حَتَّى أُلْقِىَ في النَّارِ . وَرَجُل تَعلَّم الْعِلّمَ وعَلَّمَهُ ، وقَرَأ الْقُرْآنَ ، فَأتِىَ بِهِ ، فَعَرَّفَهُ نِعَمهُ فَعَرَفَهَا . قالَ : فمَا عمِلْتَ فِيهَا ؟ قالَ : تَعلَّمْتُ الْعِلْمَ وَعَلَّمْتُهُ ، وَقَرَأتُ فِيكَ الْقُرآنَ ، قَالَ : كَذَبْتَ ، ولكِنَّك تَعَلَّمْت الْعِلْمَ وَعَلَّمْتُهُ ، وقَرَأتُ الْقرآن لِيقالَ : هو قَارِىءٌ ، فَقَدْ قِيلَ ، ثُمَّ أمِرَ ، فَسُحِبَ عَلى وَجْهِهِ حَتَّى أُلْقِىَ في النَّارِ ، وَرَجُلٌ وسَّعَ اللَّه عَلَيْهِ ، وَأعْطَاه مِنْ أصنَافِ المَال ، فَأُتِى بِهِ فَعرَّفَهُ نعمَهُ ، فَعَرَفَهَا . قال : فَمَا عَمِلْت فيها ؟ قال : ما تركتُ مِن سَبيلٍ تُحِبُّ أنْ يُنْفَقَ فيهَا إلاَّ أنْفَقْتُ فيها لَك . قَالَ : كَذَبْتَ ، ولكِنَّكَ فَعَلْتَ ليُقَالَ : هو جَوَادٌ فَقَدْ قيلَ ، ثُمَّ أمِرَ بِهِ فَسُحِبَ عَلَى وجْهِهِ ثُمَّ ألْقِىَ في النار » رواه رواه مسلم والنسائي.

Daripada Abu Hurairah Radhiyallahu anhu katanya, aku mendengar Rasulullah Sallahu A`laihi Wa Sallam bersabda: " Manusia Yang pertama dipanggil pada hari kiamat kelak ialah seorang lelaki yang berperang dan ingin mati syahid. diperkenal kan dia kenikmatan syurga lalu dia pun mengakuinya. Allah tanya kepadanya "apa yang telah kamu lakukan untuknya(nikmat tersebut)" katanya: "aku berperang kerana engkau sehingga aku syahid. Allah berfirman " kamu berdusta!...kamu berperang supaya orang mengenali kamu dengan keberanian.kemudian disuruh seret mukanya lalu di humban ke dalam api neraka.

 Seterusnya di panggil seorang Alim yang mengajar dan membaca Al-Quran untuk dihadapkan. Di tunjuk akanya segala kenikmatan syurga dan beliau mengakuinya lalu ditanya "dengan apa engkau beramal denganya?" katanya :"aku belajar dan aku mengajar dan aku membaca Al-Quran kerana engkau." Allah berfirman : kamu berdusta!...engkau belajar dan mengajar hanya ingin dipanggil seorang yang alim dan engkau membaca Al-Quran semata-mata ingin dipanggil Qori. kemudian diperintahkan orang itu diseret mukanya dan dihumban ke dalam neraka.

 Dihadapkan pula seorang lelaki yang kaya raya,cukup mewah keadaannya serba lengkap hidupnya yang dianugerahi oleh Allah. dikenalkan dia akan kenikmatan dan dia pun mengakuinya lalu ditanya "apa yang telah engkau beramal dengannya..?" beliau menjawab "untuk semua jalan yang engkau redhai, dan membelanjakannya semata-mata kerana mu" lalu Allah berfirman:"kamu berdusta!! engkau berbuat demikian hanya kerana mahu orang memanggilmu seorang dermawan dan pemurah. Lalu disuruh heret mukanya dan dihumban kedalam neraka.

nah disini sudah kita dapati seseorang yang tidak ikhlas yang hanya ingin amalannya dipuji oleh makhluk hanya mendapat kata kejian dari khaliq (ALLAH)...itulah sedikit peringatan buat aku dan kamu untuk sama-sama kita muhasabah balik diri kita ingatlah satu hadis yang masyhur 

"hanyasalah amalan itu dengan niat"

dengan niat sahaja setiap amalan itu dihitung antara ikhlas ataupun sebaliknya...


al-faqir ila rabih
Ibnu Yamani @ azam zainon
Teratak Annur






Jumaat, 26 Ogos 2011

Bagaimana Memakai Cincin Mengikut Sunnah

 Baru-baru ni ada seorang rakan dari Pendang menanyakan tentang cara Nabi Muhammad SAW memakai cincin...Al-fakir cuma memberikan jawapan Wallahu`alam kerana masih keliru tentang memakai cincin mengikut sunnah...jadi kebetulan Al-fakir membuka Blog guru al-fakir Ustaz Nazrul Nasir Al-Azhari di laman beliau..jadi Al-Fakir telah copy blik artikel tersebut..moga-moga memberi manfaat dekat kita Insyaallah....



Ada seorang sahabat yang sangat mencintai sunnah Baginda sallallahu alaihi wasallam telah bertanya kepada saya tentang cara pemakaian cincin menurut sunnah Baginda sallallahu alaihi wasallam.

Saya tidak ingin menjawab dengan pandangan saya yang sangat faqir di dalam ilmu, namun saya akan memberikan jawapan yang telah diberikan oleh al-Imam Jalaluddin al-Suyuti rahimahullah dan para ulama yang lain. Jawapan daripada para ulama ini akan saya ringkaskan agar mudah difahami oleh para pembaca.

Ada beberapa perkara yang akan terlintas di dalam persoalan berkaitan cincin :

1.    Adakah terdapat berat yang khusus untuk memakai cincin?

2.    Adakah kita boleh mengambil segala jenis logam untuk dijadikan cincin seperti tembaga, besi dan lain-lain?

3.    Adakah harus bagi kita memakai lebih daripada satu cincin perak di tangan bagi lelaki?

4.    Adakah cincin yang dipakai oleh Baginda sallallahu alaihi wasallam mempunyai batu? Apakah jenis batunya?

5.    Di jari manakah Baginda sallallahu alaihi wasallam memakai cincin , kanan atau kiri? Dan bagaimana pula keadaan batu cincin Baginda sallallahu alaihi wasallam, samada dipusingkan ke tapak tangan atau tidak?
Ini antara soalan yang terlintas di dalam pemikiran kita. Sekarang kita lihat pula bagaimana para ulama memberikan jawapan bagi permasalahan ini. Jawapan yang akan saya kemukakan adalah menurut turutan soalan di atas. Di harap para pembaca mengambil perhatian terhadap perkara ini.

JAWAPAN

BERAT CINCIN

1.    Para ulama berbeza pandangan di dalam permasalahan berat cincin yang dibenarkan. Al-Imam Haskafi rahimahullah, ulama bermazhab Abu Hanifah mengatakan bahawa sesebuah cincin tidak boleh melebihi berat satu Mithqal yang bersamaan 4.680 gram. Al-Imam Ibn Abidin yang merupakan ulama bermazhab Abu Hanifah juga merajihkan pandangan pengarang kitab al-Zhaqirah bahawa berat yang dibenarkan hanya satu Mithqal.

2.    Para ulama Malikiyah pula berpandangan dibenarkan untuk seseorang memakai cincin dengan kadar 2 dirham ke bawah. Berat dua dirham menurut pengiraan moden ialah  3.125 gram ×  2 = 6.25 gram

3.    Para ulama Syafieyah pula mengatakan bahawa berat cincin bergantung kepada adat atau uruf setempat. Jika melebihi daripada adat tempat tersebut maka ianya dianggap membazir.

4.    Para ulama Hanabilah  pula berpandangan tiada masalah untuk memakai cincin yang beratnya melebihi satu mithqal.  Tetapi dengan syarat tidak terkeluar daripada uruf atau adat setempat yang ditetapkan. Jika melebihi uruf maka hukumnya adalah haram.

LOGAM YANG DIBENARKAN UNTUK MEMBUAT CINCIN

EMAS

1.    Para ulama bersepakat mengatakan bahawa emas dibenarkan kepada wanita untuk memakainya, manakala bagi lelaki ianya adalah haram.

2.    Manakala untuk kanak-kanak yang belum baligh, para ulama Syafieyah di dalam pandangan muktamad di dalam mazhab berpendapat bahawa dibenarkan bagi mereka untuk memakai emas samaada kanak-kanak lelaki atau perempuan.

PERAK

1.    Para ulama bersepakat mengatakan bahawa cincin perak dibenarkan kepada wanita. Manakala bagi lelaki pula terdapat perincian oleh para ulama .

2.    Para ulama Hanafiyah mengatakan bahawa harus bagi lelaki memakai cincin perak. Ianya menjadi sunnah kepada para sultan, para qadhi dan yang seumpama dengannya. Manakala kepada selain sultan, qadhi dan yang seumpama dengannya terlebih afdhal bagi mereka tidak memakai cincin perak.

3.    Para ulama Malikiyah pula berpandangan bahawa memakai cincin perak bagi lelaki adalah harus dan jika dipakai dengan tujuan mengikut sunnah Baginda sallallahu alaihi wasallam hukumnya adalah sunnah dan haram memakainya dengan tujuan berbangga diri.

4.    Para ulama Syafieyah pula berpandangan bahawa disunatkan kepada sesiapa sahaja untuk memakai cincin perak bukan dikhususkan kepada sultan dan qadhi semata-mata.
 
5.    Para ulama Hanabilah berpandangan bahawa memakai cincin perak bagi lelaki adalah harus.

SELAIN DARIPADA EMAS & PERAK

1.    Para ulama Malikiyah ( dalam pandangan yang muktamad ) dan ulama Hanabilah berpandangan bahawa memakai cincin daripada besi, tembaga dan seumpama dengannya adalah makruh berdasarkan larangan Baginda sallallahu alaihi wasallam di dalam hadis. Hukuman ini merangkumi lelaki dan  wanita.

2.    Para ulama Malikiyah berpandangan bahawa mengambil cincin daripada kayu, kulit dan batu adalah harus bagi lelaki dan wanita. Manakala para ulama Hanabilah pula berpandangan diharuskan bagi lelaki dan wanita memakai cincin daripada zamrud, yaqut, jed dan lain-lain jenis batu.

3.    Para ulama Syafieyah pula mempunyai dua pandangan di dalam permasalahan ini. Sebahagian mengatakan bahawa hukumnya makruh memakai cincin selain emas dan perak. Manakala sebahagian lagi mengatakan tidak makruh. Al-Imam Nawawi rahimahullah berpandangan dengan mengatakan tidak makruh memakai cincin daripada selain emas dan perak . al-Imam Qalyubi di dalam Hasyiyahnya juga mengatakan bahawa tiada masalah untuk memakai cincin daripada tembaga , besi dan lain-lain.

4.    Para ulama Hanafiyah pula seperti al-Imam Ibn Abidin rahimahullah mengatakan bahawa dihalalkan bagi lelaki memakai cincin perak dan diharamkan memakai cincin emas, tembaga atau besi. Manakala mengambil cincin daripada batu adalah dibenarkan khususnya batu aqiq.
 
HUKUM BERBILANG-BILANG CINCIN

1.    Para ulama Malikiyah mengatakan bahawa diharamkan bagi seseorang lelaki memakai lebih daripada satu cincin.

2.    Para ulama Syafieyah pula berpandangan bahawa dibenarkan untuk memakai 2 bentuk cincin perak dalam satu masa. Ini seperti yang disebutkan oleh al-Imam Jalaluddin al-Suyuti rahimahullah. Makruh hukumnya memakai lebih daripada 2 bentuk cincin. Al-Imam Isnawi rahimahullah juga berpandangan sedemikian dan kata al-Imam Khawarizmi di dalam al-Kafi : Makruh memakai kedua-dua cincin tersebut pada satu jari.

3.    Para ulama Hanabilah pula berpandangan bahawa dibenarkan bagi lelaki memakai dua cincin dan lebih selagi mana tidak keluar daripada adat setempat.

4.    Manakala para ulama Hanafiyah tidak pula kedapatan mereka mengeluarkan pandangan di dalam masalah ini.
 
BENTUK CINCIN RASULULLAH

1.    Cincin Baginda sallallahu alaihi wasallam ada dua jenis. Ada yang diukir perkataan “ Muhammad Rasulullah” dan ada yang diletakkan batu.

2.    Jenis batunya menjadi perbahasan para ulama, sebahagian mengatakan bahawa ianya adalah jenis aqiq dan al-Imam Jalaluddin al-Suyuthi mengatakan bahawa beliau melihat di dalam kitab Mufradat fi  al-Tibb  
karangan Ibn al-Baithar bahawa jenis batu tersebut adalah zabarjad.
 
JARI YANG SUNNAH DILETAKKAN CINCIN

1.    Bagi wanita tiada tempat yang khusus diletakkan. Terpulang kepada mereka untuk memakai cincin dimana sahaja anggota. Samada di kesemua jari tangan atau jari kaki sekalipun. Ini kerana itu adalah perhiasan bagi mereka.

2.    Para ulama berbeza pandangan tentang kedudukan jari yang sunnah dipakaikan cincin bagi lelaki. Para ulama Hanafiyah mengatakan bahawa disunnahkan bagi lelaki untuk memakai cincin di jari kelingking sebelah kiri dan bukan pada jari lain walaupun kanan. Sebahagian daripada ulama Hanafiyah mengatakan bahawa diharuskan untuk memakai cincin pada jari kelingking kanan.

3.    Manakala al-Imam Malik radhiyallahu anhu, guru kepada al-Imam al-Syafie radhiyallahu anhu mengatakan bahawa disunnahkan memakai cincin di jari kelingking kiri dan beliau sendiri memakai cincin di jari kelingking kiri. Al-Imam Ibn al-Arabi al-Maliki mengatakan bahawa sunnah memakai cincin pada jari kelingking kiri dan makruh memakainya pada  kelingking kanan.

4.    Para ulama Syafieyah mengatakan bahawa harus untuk dipakai cincin pada jari kelingking kanan atau kiri sekalipun. Tetapi pandangan yang masyhur ialah memakainya pada jari kelingking kanan kerana ianya merupakan tempat untuk berhias. Manakala memakai cincin pada jari manis adalah dibenarkan. Jari tengah, telunjuk dan ibu jari adalah dilarang bagi kaum lelaki untuk meletakkan cincin padanya. Ini kerana terdapat larangan daripada Baginda sallallahu alaihi wasallam kepada Sayyiduna Ali radhiyallahu anhu untuk memakai cincin pada jari-jari tersebut.

5.    Para ulama Hanabilah pula berpandangan bahawa afdhal memakai cincin pada jari kelingking kiri. Mereka juga berpandangan bahawa dibenarkan untuk memakai cincin pada jari manis dan ibu jari. Manakala jari telunjuk dan jari tengah adalah dilarang untuk meletakkan cincin padanya kerana terdapat larangan yang jelas daripada Baginda sallallahu alaihi wasallam.

KE ARAH MANAKAH BATU CINCIN DIPUSING?

1.    Para ulama mengatakan bahawa dibenarkan untuk kita menzahirkan batu cincin ke atas. Namun yang lebih afdhalnya menurut sunnah Baginda sallallahu alaihi wasallam adalah dengan memusingkan arah batu tersebut ke telapak tangan.

Semoga kita semua dapat mengambil manfaat dengan perbahasan ini bagi menghidupkan sunnah Baginda sallallahu alaihi wasallam.

RUJUKAN :

1.    Mausu’ah al-Kuwaitiyah Jilid 11

2.    Al-Hawi lil Fatawi oleh al-Imam Jalaluddin al-Suyuthi radhiyallahu anhu , jilid 1 mukasurat 75-76 cetakan Darul Kutub Ilmiyah tahun 1982

Sabtu, 18 Jun 2011

Mukmin yang Sebenar

سُوۡرَةُ الاٴنفَال
إِنَّمَا ٱلۡمُؤۡمِنُونَ ٱلَّذِينَ إِذَا ذُكِرَ ٱللَّهُ وَجِلَتۡ قُلُوبُہُمۡ وَإِذَا تُلِيَتۡ عَلَيۡہِمۡ ءَايَـٰتُهُ ۥ زَادَتۡہُمۡ إِيمَـٰنً۬ا وَعَلَىٰ رَبِّهِمۡ يَتَوَكَّلُونَ (٢) ٱلَّذِينَ يُقِيمُونَ ٱلصَّلَوٰةَ وَمِمَّا رَزَقۡنَـٰهُمۡ يُنفِقُونَ (٣) أُوْلَـٰٓٮِٕكَ هُمُ ٱلۡمُؤۡمِنُونَ حَقًّ۬ا‌ۚ لَّهُمۡ دَرَجَـٰتٌ عِندَ رَبِّهِمۡ وَمَغۡفِرَةٌ۬ وَرِزۡقٌ۬ ڪَرِيمٌ۬ (٤)

Al-Anfal
Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu (yang sempurna imannya) ialah mereka yang apabila disebut nama Allah (dan sifat-sifatNya) gementarlah hati mereka dan apabila dibacakan kepada mereka ayat-ayatNya, menjadikan mereka bertambah iman dan kepada Tuhan mereka jualah mereka berserah. (2) Iaitu orang-orang yang mendirikan sembahyang dan yang mendermakan sebahagian dari apa yang Kami kurniakan kepada mereka. (3) Merekalah orang-orang yang beriman dengan sebenar-benarnya. Mereka akan mendapat pangkat-pangkat yang tinggi di sisi Tuhan mereka dan keampunan serta limpah kurnia yang mulia (di Syurga). (4) 
 
 
    bismillahirrahmannirrahim....setinggi-tinggi kesyukuran kepada yang maha mengetahui akan sekelian makhluk-makhluknya dan maha kaya.....selawat dan salam keatas Junjungab mursalin iajuga sebagai khotamun anbiya` Muhammad SAW..moga-moga kita deperoleh syafaat..
 
  sekian lama mata tidak menatap monitor ini..hari ini baru berpeluang untuk menulis artikel..kesibukkan membuatkan al-fakir jarang menulis artikel tetapi dengan limpahan rahmat allah masih memberi kesempatan kepada Al-fakir untuk menulis artikel kali ini tentang ORANG-ORANG YANG BERIMAN.
 
  ayat diatas menerangkan sifat-sifat orang yang beriman kepada Allah SWT,kata guruku Al-Fadhil Ustaz Zulkifli Hafizahullah "tidak semua orang muslim itu mukmin dan semua orang  mukmin itu muslim" maksudnya zaman sekarang ini banyak yang mengaku dia Islam tapi berapa ramai yang mengikut ajaran Islam.Benarlah sabdaan Nabi Muhammad SAW yang mana mafhumnya "diakhir zaman nanti Islam hanya tinggal pada nama",kita boleh mengakui yang kita islam tapi sejauh mana pengetahuan kita tentang Islam sejauh mana ilmu kita tentang islam?.Alfakir pernah menemui seorang lelaki yang bertanyakan kepada Al-Fakir "kenapa orang banyak hendak menuntut ilmu agama sampai tak amek SPM,balik pada mengaji jadi tok imam jadi tok guru..mana pergi khalifah kita dimuka bumi ini?kata nk tegakkan agama? kalau nak carik ilmu agama bila-bila boleh"katanya.Jadi soalan ini membuatkan Al-fakir fikir alangkah jahilnya umat zaman sekarang...mereka merasakan kalau takda SPM tak boleh hidup..jangan jadikan SPM tempat bergantung kita..SPM sekadar wasilah kita, nak amek takda masalah tak amek pon takdak masalah bergantung pada individu sendiri..jangan jadikan SPM tempat rezki kita..yang memberikan rezki itu ialah Allah SWT bukan SPM..cuma perlu diingatkan SPM hanya wasilah atau sambungan untuk kita teruskan mencari ilmu..ini yang selalu orang kita salah faham...ilmu agama makin pupus ingat sabdaan Nabi SAW "Allah tidak mencabut ilmu itu terus dari manusia tetapi Allah mencabut ilmu itu dengan mematikan ULAMA`" adakah ini yang dikatakan ilmu boleh cri dimana-mana...sahabat sekelian..Ulama dinegara kita semakin berkurangan..selagi mereka(ulama`) ini bernyawa tuntutlah ilmu agar tidak kerugian,jangan rugikan masa kita dan jangan sibukkan diri dengan hal-hal keduniaan kelak kita menyesal dimana firman Allah SWT

سُوۡرَةُ المنَافِقون
يَـٰٓأَيُّہَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ لَا تُلۡهِكُمۡ أَمۡوَٲلُكُمۡ وَلَآ أَوۡلَـٰدُڪُمۡ عَن ذِڪۡرِ ٱللَّهِ‌ۚ وَمَن يَفۡعَلۡ ذَٲلِكَ فَأُوْلَـٰٓٮِٕكَ هُمُ ٱلۡخَـٰسِرُونَ ٩
Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu dilalaikan oleh (urusan) harta benda kamu dan anak-pinak kamu daripada mengingati Allah (dengan menjalankan perintahNya). Dan (ingatlah), sesiapa yang melakukan demikian, maka mereka itulah orang-orang yang rugi. (9).

 
  Apakah sifat-sifat orang mukmin itu? jadi saya terbaca karangan syeikh ismail ad-dusuki yang menerangkan ciri-ciri orang-orang yang beriman...
 
 CIRI-CIRI MUKMIN 
  1.apabila disebut nama Allah SWT bergetar hatinya.Maksudnya dimana sahaja dia berada akan mengingati Allah lalu bergetar hati mereka kerana takutkan nama yang agung itu..demana diriwayatkan certia seorang budak pada zaman saidina omar Al-khattab R.A sewaktu beliau menjadi Khalifah..dimana menemui seorang budak yang sedang menangis,lalu ditanya oleh khalifah yang masyhur itu "apakah gerangan kamu menangis wahai budak,kenapa kamu tidak bermain dengan budak-budak itu?" lalu budak itu berkata"aku diciptakan oleh Allah bukan untuk bermain" bergetarlah hati saidina omar,lalu saidina omar bertanya lagi"apakah gerangan kamu menangis?" "aku takut akan dimasukkan oleh Allah SWT kedalam api neraka," lalu bergetarlah hati saidina omar,beliau pon mengawal dirinya dan berkata"kamu masih budak mana mungkin Allah meletakkan kamu kedalam api neraka" budak itu melihat muka saidina omar lalu berkata "aku melihat emak aku membakar api dia memulakan kayu-kayu kecil sebelum memasukkan kayu-kayu besar,aku takut Allah memasukkan aku dahulu sebelum memasukkan orang-orang besar" apabila saidina omar mendengar penjelasan tersebut bergetarlah hati saidina omar dan meninggalkan budak tersebut sambil menangis kerana takutkan Allah SWT. itulah alamat antara orang-orang yang beriman.



2. APABILA MELIHAT AYAT ALLAH MAKA BERTAMBAH IMAN MEREKA. alamat kedua ini juga antara tanda orang tersebut beriman kerana mempercayai apa yang difirman kan oleh Allah SWT.

3.DAN KEPADA TUHAN MEREKA BERTAWAKKAL.jadi orang mukmin juga selalu bertawakkal kepada Allah SWT...tetapi diingatkan bukan bertawakal terus tanpa usaha,kita sebagai Ahlul Sunnah..haruslah kita berusaha selagi mana mampu baru kita tawakkal kepada allah swt..



4.DAN MEREKA MENDIRIKAN SOLAT. setelah kita yakin dedalam hati kita harus membuktikan keyakinan kita itu dengan anggota badan,seperti solat,zakat,puasa,dan sebagainya.Kerana kata Muallif melakukan dengan a`maliah itu bukti kepada keyakinan kita kepada Allah SWT.


 jadi ini antara ciri-ciri orang beriman kepada Allah SWT,jadi disini Al-fakir ingin kita semua muhasabah balik diri kita,adakah sifat-sifat ini kita miliki...tepuk dada tanya selera Wallahu a`lam....

Jumaat, 25 Februari 2011

!KATA KAT ORANG!

  حَمْدًا لِرَبٍّ خَصَّنَا بِمُحَمَّدٍ وَأَنْقَذَنَا مِنْ ظُلْمَةِ الْجَهْلِ وَالدَّيَاجِرِ اَلْحَمْدُلِلّهِ الَّذِيْ هَدَاناَ بِعَبْدِهِ الْمُخْتَارِ مَنْ دَعَانَا إِلَيْهِ بِاْلإِذْنِ وَقَدْ ناَدَانَا لَبَّيْكَ ياَ مَنْ دَلَّنَا وَحَدَانَا صَلَّى اللهُ وَسَلّمَّ وَبَارَكَ عَلَيْهِ وَعَلَى آلِهِ اَلْحَمْدُلِلّهِ الَّذِيْ جَمَعَنَا فِي هَذَا الْمَجْمَعِ اْلكَرِيْمِ وَالْحَمْدُلله الَّذِي جَمَعَنَا فِيْ هَذِهِ 
 الْمُنَاسَبَةِ الطَّيِّبَةِ الطَّاهِرَةِ



   Kemuliaan Hari yang diberikan oleh Allah SWT kepada Sekelian hamba-hambanya. Bersyukur kepada Allah SWT kerana memberi kita bermacam-macam nikmat yang tidak terhitung banyaknya.


  "Ang ni pulun la."
  "AZAM tu Dahla Pulun pastu dok Prasan"


 Ini antara ucapan-ucapan yang sering Al-fakir dengar dalam mulut orang-orang yang mengata dekat Al-fakir. Tidak habis dengan mengata ditulis nama Al-fakir sekitar tandas-tandas. Kadang-kadang sakit hati mendengar tomahan seperti ini . Tidak habis mengata ada juga segelintar menfitnah, baru-baru ini Al-fakir mendapat maklumat si ANU telah menfitnah Alfakir dalam blog si ANU tersebut dan bila Al-fakir tengok Si Anu ini bukanlah budak-budak yang patut diberikan teguran bila 'DOK KATA KAT ORANG' tapi si ANU ini dah boleh jadi Ustazah kalau nak. Al-fakir pelik mana pergi ilmu yang ditanam didalam hati kenapa tidak disiram ilmu tersebut? PELIK sungguh. Tapi Al-fakir bukan orang yang layak menegur mereka ini kerana jika hendak dibandingkan ilmu Al-fakir dengan mereka 'memang xley lawan'.

 Pada mulanya agak sakit hati mendengar tomahan dan fitnah tersebut apatah lagi yang betul-betul kita tidak melakukan perbuatan yang difitnah tersebut, tapi bila difikir balik inilah satu dugaan apabila kita menyampaikan tugasan dakwah Nabi SAW. Mula diri Al-fakir berfikir sejenak "ni baru aku yang fakir hina disisi Allah Ta`la macam mana agaknya Hinaan tomahan dan cacian yang dilemparkan kepada Junjungan SAW?". Tidak kisah la sekadar cacian yang biasa rasa tak padan apa yang dilanda oleh kekasih kita SAW.


وَيۡلٌ۬ لِّڪُلِّ هُمَزَةٍ۬ لُّمَزَةٍ
Kecelakaan besar bagi tiap-tiap pencaci, pengeji, (1)

 tak payah nak buka quran carik surah-surah yang panjang buka ayat lazim cukup untuk melihat Ancaman oleh Allah kepada orang-orang yang suka sangat dok kata kat orang. 

 Bila Ilmu telah ditanam dihati kita maka bajalah ilmu dengan beramal Insyaallah akan menjadi orang yang mulia kelak.  



Khamis, 24 Februari 2011

Lawatan Al-Syeikh Asyraf Hamid Hasanain Hafizahullah

  حَمْدًا لِرَبٍّ خَصَّنَا بِمُحَمَّدٍ وَأَنْقَذَنَا مِنْ ظُلْمَةِ الْجَهْلِ وَالدَّيَاجِرِ اَلْحَمْدُلِلّهِ الَّذِيْ هَدَاناَ بِعَبْدِهِ الْمُخْتَارِ مَنْ دَعَانَا إِلَيْهِ بِاْلإِذْنِ وَقَدْ ناَدَانَا لَبَّيْكَ ياَ مَنْ دَلَّنَا وَحَدَانَا صَلَّى اللهُ وَسَلّمَّ وَبَارَكَ عَلَيْهِ وَعَلَى آلِهِ اَلْحَمْدُلِلّهِ الَّذِيْ جَمَعَنَا فِي هَذَا الْمَجْمَعِ اْلكَرِيْمِ وَالْحَمْدُلله الَّذِي جَمَعَنَا فِيْ هَذِهِ 
 الْمُنَاسَبَةِ الطَّيِّبَةِ الطَّاهِرَةِ

  Alhamduillah Dengan Karnia dan Inayahnya Dapat lagi Al-fakir menulis artikel yang tidak seberapa indah ini....

 Dan bersyukur kepada Allah SWT, kerana pada tanggal 24/2/2011 Bumi Muassasah telah dikunjungi oleh seorang Ulama` besar mesir beliau merupakan Imam ketiga di Masjid Azhar As-Syarif merangkap imam besar Masjid Soleh Al-Ja`fari. Al-fakir sempat bertemu beliau di Masjid Tamplu Kuala Nerang. Ketikamana mengikuti kumpulan Burdah Ahbabul Huda.

  Ziarah beliau membawa seribu rahmat kepada kami kerana setiap kalam-kalam yang dilemparkan dari mulut beliau semuanya mutiara yang berharga. Al-fakir akan menghuraikan sedikit sebanyak antara tausiah belaiu kepada kami...:-

  Syeikh memulakan Kalamnya dengan beberapa rangkap bait syair daripda Syeikh Soleh Al-Ja`fari Hafizahullah, kemudian beliau berkata "hari ini aku dapat bertemu dengan pencinta-pencinta Ilmu dan berada diantara gedung-gedung Ilmu, dan kalian mewarisi Ulama pada zaman kini. Aku akan sampaikan beberapa benda yang amat mustahak kepada kalian, yang pertama sesuai dengan tempat kalian iaitu tentang Ilmu dan kedua akanku sampaikan tentang Maulid Nabi SAW bersesuaian dengan bulan yang kita duduki sekrang yakni Rabi`ul Awwal Kelahiran seorang model yang terkemuka diseluruh Dunia Muhammad Bin Abdullah SAW.


  Sebagai pencinta Ilmu wajib keatas kita semua mempunyai Adab-adab menuntut ilmu dan ada tiga adab (yang Al-fadhil Syeikh katakan disini) 1. Belajar dari guru 2. Belajar dari Kawan-kawan 3.Seorang guru belajar dari anak murid itu sendiri.


 Nabi Muhammad sendiri dibangkitkan sebagai guru dengan sabdanya


إنما بعثت معلما
(Sesungguhnya Aku dibangkitkan menjadi guru)


Nabi sendiri dibangkitkan untuk menjadi seorang guru yang mengajarkan segala ilmu-ilmu kepada para sahabat dan sehingga sekarang ilmu yang diajarkan oleh rasulullah masih diamalkan oleh kalian sebagai pencinta Ilmunya.


 (Antara kalam AlFadhil Syeikh ) Nabi juga sudah mengajar Akhlak yang baik dan sempurna kepada kita selaku ummat kesayangannya dengan sabdanya lagi


إنما بعثت لأتمما مكرم الأخلاق


(sesungguhnya Aku debangkitkan untuk menyempurnakan Ahlak yang mulia)


 Maka dapat kita faham disini nabi mengajar kita keatas tahap yang mulia tidak nabi bersabda (Li utammimal Akhlak) tapi nabi terus menyampaikan (Li Utammima Makarimal Akhlak).


 Al-fadhilatu Syeikh juga mengkhabar kan kami tentang Maulid Nabi SAW


 Kalian juga harus mengingati Nabi Junjungan SAW. (kata syekh lagi) Walaupun ada Yang membidaahkan Maulid Nabi SAW ini. Tetapi bagi aku zaman sekaranglah yang wajib kita menyambut Maulid Nabi SAW dengan alasan Kita Semakin Jauh dari Baginda SAW. Dan adapun yang membida`ahkannya (biaq pi kat depa).


 Dan Akhir sekali Al-fadhil Syeikh memberi kami Ijazah Al-fatihah dan katanya senandainya kalian terima Ijazah ini kalian harus mematuhi syarat iaitu jika kalian ditanya tentang ini maka katakan (AKU TIDAK TAHU) 

سُوۡرَةُ الفَاتِحَة
بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ (١) 
ٱلۡحَمۡدُ لِلَّهِ رَبِّ ٱلۡعَـٰلَمِينَ (٢) ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ (٣) مَـٰلِكِ يَوۡمِ ٱلدِّينِ (٤) إِيَّاكَ نَعۡبُدُ وَإِيَّاكَ نَسۡتَعِينُ (٥) ٱهۡدِنَا ٱلصِّرَٲطَ ٱلۡمُسۡتَقِيمَ (٦)صِرَٲطَ ٱلَّذِينَ أَنۡعَمۡتَ عَلَيۡهِمۡ غَيۡرِ ٱلۡمَغۡضُوبِ عَلَيۡهِمۡ وَلَا ٱلضَّآلِّينَ (٧)

قبلنا منك الإجازة بشرطهاز.




Ahad, 6 Februari 2011

IKLAN MEMNGENAI LABEL BARU

حَمْدًا لِرَبٍّ خَصَّنَا بِمُحَمَّدٍ وَأَنْقَذَنَا مِنْ ظُلْمَةِ الْجَهْلِ وَالدَّيَاجِرِ اَلْحَمْدُلِلّهِ الَّذِيْ هَدَاناَ بِعَبْدِهِ الْمُخْتَارِ مَنْ دَعَانَا إِلَيْهِ بِاْلإِذْنِ وَقَدْ ناَدَانَا لَبَّيْكَ ياَ مَنْ دَلَّنَا وَحَدَانَا صَلَّى اللهُ وَسَلّمَّ وَبَارَكَ عَلَيْهِ وَعَلَى آلِهِ اَلْحَمْدُلِلّهِ الَّذِيْ جَمَعَنَا فِي هَذَا الْمَجْمَعِ اْلكَرِيْمِ وَالْحَمْدُلله الَّذِي جَمَعَنَا فِيْ هَذِهِ 
 الْمُنَاسَبَةِ الطَّيِّبَةِ الطَّاهِرَةِ

  
قال رسول الله صلى الله عليه وسلم"من أراد الدنيا فعليه بلعم ومن أراد الأخرة فعليه بالعم ومن أرادهما فعليه بالعم"

Knikmatan Allah SWT sekali lagi dipancarkan kepada kita selaku hambanya yang tidak lari dari melakukan kesalahan...dan hanya dengan taubat Nasuha Allah akan mengampunkan dosa-dosa Hamba-hambanya...

 rasulullah SAW pernah bersabda
طلب علم فريضة على كل مسلم
(menuntut ilmu itu wajib bagi kalangan orang-orang islam)
  Sebagai seorang Manusia yang berakal...kita diwajibkan menitik beratkan ilmu,terutama ILMU agama....Al-Fakir ingin menekankan disini mengenai ILMU Agama..yang mana ilmu ini telah dilupakan oleh kebanyakan masyarakat...

  Ilmu Agama perlu ada pada setiap orang-orang yang beriman..kerana dengan Ilmu Agamalah sesorang itu boleh memahami makna ISLAM dan boleh mengelak dirinya dari jatuh kelobang kebinasaan....

  PERSOALANNYA...KENAPA ORANG YANG BERILMU ITU PUN MASIH MELAKUKKAN MAKSIAT????????

   Kata Al-Imam Hujjatul Islam Ghazali RH..."Tidak dikira seorang itu berilmu selagi mana dia tidak mengamalkan ilmunya" dan berkata mereka yang cerdik pandai

العلم بلا عمل كشجرة بلا ثمر
(Ilmu yang tanpa amal seperti pohon yang tidak berbuah)

 Kita sebagai penuntut Ilmu mesti dan WAJIB beramal dengan ilmu yang kita perolehi...dan tidak hairan lah kenapa segelintir penuntut ilmu masih melakukan perkara-perkara yang terkutuk...kerana mempunyai Ilmu tapi takda amal padanya...Ilmu itu ialah cahaya dan cahaya tidak mungkin akan masuk pada hati-hati pembuat maksiat.

  Dan PERSOLAANnya lagi KENAPA PAYAH HENDAK MENUNTUT ILMU????

  Ini kerana beradaban kita terhadap guru itu tiada...maka kata Syeikh Burhanul Islam dalam kitabnya Ta`lim Muta`lim Wan Toriut Ta`lum (Aku melikat dizaman aku mempunyai ramai pencinta Ilmu tetapi aku melihat mereka tidak mendapat Faedah dari Ilmu tersebut kerana meninggalkan syarat-syaratnya...dan aku telah meneliti tentang ini dari kitab-kitab aku dan terus ke Guru-guru aku..aku dapati mereka tidak ada ADAB dalam menuntut Ilmu....)

 ADAB itu ialah Asas untuk mendapat keberkahan guru..apakah kita mempunyai adab dalam menuntut ilmu???...mungkin ada..tapi mungkin juga ada satu benda yang kita buat tanpa sedari ia adalah adab dengan guru...Maka aku mengikuti Pengajian Al-Fadhil Ustaz Amir Bin Omar Rahimahullah..dan aku mendapat sedikit sebanyak mengenai ADAB menuntut ilmu dan Insayaallah akanku Nukilkan Ilmu itu disini buat pedoman dan pengajaran kita semua...dengan kitab yang ada padaku...iaitu Ta`limut Ta`lim wa Toriqut Ta`lum Insyaallah....... 

AZAM ZAINON
MUASSASAH DARUL ULUM
 
 

Khamis, 3 Februari 2011

MALU

حَمْدًا لِرَبٍّ خَصَّنَا بِمُحَمَّدٍ وَأَنْقَذَنَا مِنْ ظُلْمَةِ الْجَهْلِ وَالدَّيَاجِرِ اَلْحَمْدُلِلّهِ الَّذِيْ هَدَاناَ بِعَبْدِهِ الْمُخْتَارِ مَنْ دَعَانَا إِلَيْهِ بِاْلإِذْنِ وَقَدْ ناَدَانَا لَبَّيْكَ ياَ مَنْ دَلَّنَا وَحَدَانَا صَلَّى اللهُ وَسَلّمَّ وَبَارَكَ عَلَيْهِ وَعَلَى آلِهِ اَلْحَمْدُلِلّهِ الَّذِيْ جَمَعَنَا فِي هَذَا الْمَجْمَعِ اْلكَرِيْمِ وَالْحَمْدُلله الَّذِي جَمَعَنَا فِيْ هَذِهِ الْمُنَاسَبَةِ الطَّيِّبَةِ الطَّاهِرَةِ

قال رسول الله صلى الله عليه وسلم (الحيأ من الإيمان)رواه البخاري

 Dengan Nama Allah yang maha pemurah lagi maha mengasihani...

  Allahamdulillah diatas nikmat-nikmat tuhan rabbul A`lamin, dengan kemurahan tuhan yang dikurniakan keatas nikmatnya....dan memberi kelapangan dalam diri Al-fakir untuk terus menulis artikel ilmiah didalam blog ini...memang sejak menyenjak ni agak sibuk dengan urusan-urusan pelajaran dan program yang diadakan disekolah...tetapi ini bukan alasan untuk Al-fakir tidak menulis artikel didalam laman blog ini.....

  Tanpa kita sedar, sifat MALU didalam diri kita semakin pudar dan hilang...apakah kita sedar yang malu itu separuh daripada iman kita???..kenapa aku menyentuh pasai MALU??. Mungkin ramai mengambil mudah berkenaan dengan malu tetapi dalam diri aku kata benda ini tidak boleh diambil mudah, kerana mungkin membawa kepada kerosakan akidah.

  dalam kitab Hadis ada menyatakan bab malu..Suatu hari Nabi Muhammad SAW lalu disebuah rumah yang diduduki dua orang Ansor, lalu nabi terdengar perbualan mereka. Seorang lelaki ansor itu memarahi kawannya yang sangat malu, lalu nabi Muhammad SAW bersabda "tinggalkan dia(lelaki pemalu tersebut)" lalu baginda menyambung sabdanya "malu itu separuh daripada iman". riwayat Imam Bukhori dalam bab MALU...

 kata pengarang hadis ini "aku tidak dapati siapakah orang-orang Ansor tersebut sudah aku teliti dalam kitab-kitab didalam tanganku ini"..

 Kata guruku Al-fadhil ustaz Mokhtar Bin Ayob Hafizahullah..bila aku bertanya berkenaan sifat malu dikalangan manusia zaman sekarang..katanya "ustaz rasa sifat malu sudah hilang dikalangan hati-hati manusia zaman ini.." aku bertanyakan apakah betul kata-kata Ustaz Mokhtar kepada Murabbi Ustaz Ayob bin Mat Daud katanya "ya,bukan sekadar betul tetapi sifat itu tiada kelihatan di Umat Nabi Muhammad SAW"...aku mentafirkan apakah yang menyebabkan sifat itu pudar dikalangan orang-orang Islam....mungkin kerana salah individu itu sendiri...

 Tetapi yang masalah sekerang bukan takat orang yang tidak mengaji agama saja yang tak malu tapi yang mengaji lebih pun ada sifat ini....aku semakin pening kepada mereka ini.."nak kata tak cerdik dh mengaji sampai peringkat thanawi, nak kata cerdik dok buat perangai macam tak mengaji". Pada minggu lepas aku pergi ke Alor Setar untuk membeli barang..aku melihat ada seorang lelaki yang aku kenai dok tepi perempuan yang berjilbab (kelihatan budak sekolah agama), laki tu aku kenai sangat..ini fenomena yang terjadi sifat MALU takdak akhlak dan akidah pon hilang lenyap....

DIKALANGAN KAUM HAWA`

 Apakah sifat ini terjadi dikalangan kaum Adam..tidakkk...bukan takat kaum Adam tetapi Hawa` juga memainkan peranan hilangnnya sifat Malu.....terjadinya pembuangan bayi sana-sini adalah ketiadaan sifat malu itu sendiri....ok..cuba kita tanamkan sifat malu itu dalam diri kalian kaum Hawa`...mungkin kes-kes seperti ini tidak akan terjadi..kerana bilamana sifat malu itu tiada maka iman kita semakin nipis dan disebabkan itulah terjadi perzinaan..aku seru kepada sekelian kaum hawa dan Adam tolong tanamkan sifat segan,Malu dalam hati kamu semula..untuk memulihkan kes-kes yang tidak diingini berlaku..aku hanya mampu berseru kalian jua yang berhak mengubahnya......

AZAM BIN ZAINON
SMIDU POKOK SEMA
                                                  

-maaf kerana menggunakan bahasa kasar sikit dan maaf
 kerana menggunakan AKU dalam artikel hari ini....

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...