Jumaat, 31 Disember 2010

HADIS:Budaya Barat menjadi Trend

حَمْدًا لِرَبٍّ خَصَّنَا بِمُحَمَّدٍ وَأَنْقَذَنَا مِنْ ظُلْمَةِ الْجَهْلِ وَالدَّيَاجِرِ اَلْحَمْدُلِلّهِ الَّذِيْ هَدَاناَ بِعَبْدِهِ الْمُخْتَارِ مَنْ دَعَانَا إِلَيْهِ بِاْلإِذْنِ وَقَدْ ناَدَانَا لَبَّيْكَ ياَ مَنْ دَلَّنَا وَحَدَانَا صَلَّى اللهُ وَسَلّمَّ وَبَارَكَ عَلَيْهِ وَعَلَى آلِهِ اَلْحَمْدُلِلّهِ الَّذِيْ جَمَعَنَا فِي هَذَا الْمَجْمَعِ اْلكَرِيْمِ وَالْحَمْدُلله الَّذِي جَمَعَنَا فِيْ هَذِهِ الْمُنَاسَبَةِ الطَّيِّبَةِ الطَّاهِرَةِ

 Segala Puji-pujian hanyalah bagi Allah Semesta Alam. Sang Pencipta yang memberikan kenikmatan kepada Sekalian Hamba-Hambanya yang tidak lari dari melakukan Dosa dan Noda diMuka bumi Allah SWT.

 Selawat Dan Salam Keatas Khotamun Anbiya` Nabi Mustofa SAW yang akan memberikan syafaat kepada kita di hari pembalasan kelak. Moga-Moga kita tergolong dalam kalangan yang mendapat Syafaat Nabi Muhammad SAW disana Insyaallah.

 Sabda Junjungan Nabi Muhammad SAW 

Ertinya:
Daripada Abu Sa’id Al-Khudri ra. berkata, Bahawasanya Rasulullah saw. bersabda, "Kamu akan mengikuti jejak langkah umat-umat sebelum kamu, sejengkal demi sejengkal, sehasta demi sehasta, sehingga jikalau mereka masuk ke lubang biawak pun kamu akan mengikuti mereka.” Sahabat bertanya, "Ya Rasulullah! Apakah Yahudi dan Nashrani yang kau maksudkan?” Nabi saw. menjawab, “Siapa lagi kalau bukan mereka". 
H.R. Muslim

   Artikel pada hari ini berkenaan dengan TREND-TREND pada zaman sekarang yang mana kita lihat Remaja-remaja semakin hari semakin bergaya dengan TREND terbaru. Sebagai umat yang berpegang teguh akan Al-Quran dan As-Sunnah, Islam telah meletakkan garis-garis panduan untuk berfesyen atau bergaya. Tetapi malang fesyen yang islam ajar hanya di ikut oleh segolongan dan bagi al-fakir dalam 90% di Malaysia (yang remaja) sahaja yang memakai cara Islam. dan Kebanyakan yang lain mengikuti jejak-jejak yang dibawa oleh barat dan jelas tali barut mereka daripada Yahudi Laknatullahi a`laih. Sememangnya yahudi tidak akan pernah berhenti merosakkan kita sebagai Umat Islam dimana Firman Allah SWT dalam Al-Quran

وَلَن تَرۡضَىٰ عَنكَ ٱلۡيَہُودُ وَلَا ٱلنَّصَـٰرَىٰ حَتَّىٰ تَتَّبِعَ مِلَّتَہُمۡ‌ۗ قُلۡ إِنَّ هُدَى ٱللَّهِ هُوَ ٱلۡهُدَىٰ‌ۗ وَلَٮِٕنِ ٱتَّبَعۡتَ أَهۡوَآءَهُم بَعۡدَ ٱلَّذِى جَآءَكَ مِنَ ٱلۡعِلۡمِ‌ۙ مَا لَكَ مِنَ ٱللَّهِ مِن وَلِىٍّ۬ وَلَا نَصِيرٍ (١٢٠
Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak sekali-kali akan bersetuju atau suka kepadamu (wahai Muhammad) sehingga engkau menurut agama mereka (yang telah terpesong itu). Katakanlah (kepada mereka): "Sesungguhnya petunjuk Allah (agama Islam) itulah petunjuk yang benar". Dan demi sesungguhnya jika engkau menurut kehendak hawa nafsu mereka sesudah datangnya (wahyu yang memberi) pengetahuan kepadamu (tentang kebenaran), maka tiadalah engkau akan peroleh dari Allah (sesuatupun) yang dapat mengawal dan memberi pertolongan kepadamu. (120)

TREND yang dibawa oleh puak-puak ini amat mebghairahkan siapa yang melihat kerana teramatlah 'SEKSI' dan menjolok mata lelaki. Kalau kita tengok Rancangan TV banyak artis-artis dan model-model yang bergaya dan sanggup membuka aurat mereka, yang lebih menyedihkan diri Al-fakir remaja-remaja dan kanak-kanak telah mencuburi bidang-bidang yang tidak sepatutnya mereka cuburi, bagi umur-umur mereka Mak Ayah harus mengajar mengaji dan ceritakan kepada mereka tentang kehidupan Islam yang sebenar. Apa tujuan mereka membuka rancangan KAMILAH BINTANG, IDOLA KECIL????? untuk menjadi artis??..ok cuba katakan apa keelokkan Akhiratnya...bagi yang membaca artikel Al-fakir ataupun nk menyaman tiada masalah SYARATNYA katakan dlu program-program semacam itu apa menfaat akhirat??? kalau boleh jawab maka mintalah bayarannya..Al-fakir yakin tiada jawapan..kerana Program semacam ini hanya menyebabkan perkara-perkara yang tidak di ingini berlaku, kadang-kadang sedih bilamana Program Anugerah Screen ketika memaparkan wajah-wajah seniman yang meninggal Dunia lalu pengerusi berkata "marilah sama-sama kita sedekahkan Al-fatihah" sedekah tu tak per lagi tapi semasa Kalam-Kalam Allah dibaca mereka berpakaian seperti bertelanjang. Adakah WAJAR pembaca-pembaca sekelian????? kenapa menjadi begini?? marilah sama-sama kita mengubah TREND yang ada zaman sekarang, benarlah kata baginda Nabi SAW 
 
Ertinya:
Daripada Abu Hurairah r.a. berkata: Rasulullah saw. bersabda, "Ada dua golongan yang akan menjadi penghuni Neraka yang belum lagi aku melihat mereka. Pertama, golongan (penguasa) yang mempunyai cemeti-cemeti bagaikan ekor Iembu yang digunakan untuk memukul orang. Kedua, perempuan yang berpakaian tetapi bertelanjang, berlenggang­ lenggok waktu berjalan, menghayun-hayunkan bahu. Kepala mereka (sanggul di atas kepala mereka) bagaikan bonggol (goh) unta yang senget. Kedua-dua golongan ini tidak akan masuk syurga dan tidak akan dapat mencium bau wanginya. Sesungguhnya bau wangi syurga itu sudah tercium dari perjalanan yang sangat jauh daripadanya".

 Trend yang paling Masyur bagi kaum perempuan ialah memakai tudung dan berpakaian ketat..bila ditegur mereka berkata "kamikan tengah tutup aurat nii", jawapan yang tak munasabah dan memang jawapan orang yang jahil, mereka seolah-olah tidak faham apakah itu aurat. Kata Ustaz Abdullah Haji Ramli Hafizahullah "mereka ni bukannya tutup AURAT tapi dok tutp URAT". Mereka seolah-olah paham menutup aurat hanya menutup semua anggota badan tetapi yang sebenarnnya menutup aurat bukan sahaja menutup semua badan tapi menutup dan melabuhkan baju-baju supaya tidak ternampak akan bentuk badan kita...dan ajarlah kepada anak-anak supaya menutup aurat dan ajarlah cara hidup Islam yang sebenar supaya besar kelak mereka ini akan selalu menjaga maruah Islam..Trend panduan Islam amat indah jika dikaji dan dilihat elok-elok..dan akhir sekali al-fakir membawa satu hadis Nabi Muhammad SAW 

Ertinya:
Daripada Ummul Mu'minin , Zainab binti Jahsy (isteri Rasulullah saw.) ,beliau berkata," (Pada suatu hari) Rasulullah saw. masuk ke dalam rumahnya dengan keadaan cernas sambil bersabda, La ilaha illallah, celaka (binasa) bagi bangsa Arab dari kejahatan (malapetaka) yang sudah hampir menimpa mereka. Pada hari ini telah terbuka dari dinding Ya'juj dan Ma'juj seperti ini", dan Baginda menemukan ujung jari dan ujung jari yang sebe!ahnya (jari telunjuk) yang dengan itu mengisyararkan seperti bulatan. Saya (Zainab binti Jahsy) lalu bertanya: "Ya Rasulullah! Apakah kami akan binasa sedangkan dikalangan kami masih ada orang­orang yang shaleh?" Lalu Nabi saw. bersabda "Ya, jikalau kejahatan sudah terlalu banyak".

2 ulasan:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...