Isnin, 22 November 2010

Ilmu Pengetahuan

   Alhamdulillah selama lebih kurang seminggu al-fakir pulang kerumah masih lagi allah memberi al-fakir kekuatan untuk Istiqamah dan masih lagi meneruskan perjuangan yang diberi Amanat oleh Asatizat di sekolah.Sebelum cuti bermula al-fakir bertemu dengan Guru al-fakir yang mulia Al-fadhil Sheikh Yahya Hafizzahullah untuk meminta nasihat atau tausiat sebelum menjejak kaki kerumah lalu beliau berkata "Jangan lupa untuk menyeru kepada golongan jahil ubatilah mereka dengan ilmu.Kerana ilmu itu boleh mengubah sesorang itu".Kata-kata ini kalau difikirkan semula amat bermakna dan ia sebagai satu amanat yang paling besar bagi seorang penda`i,Ilmu itu amat penting bagi kehidupan seseorang dan ianya mesti dipelajari melalui guru-guru yang arif.Ada juga orang mengatakan ilmu itu tak ada guru pun boleh contohnya tv,dan kuliah-kuliah di internet,memanglah tak mengapa kalau tengok kuliah dalam internet tapi janganlah sampai tak pergi ke kuliah-kuliah yang ada di masjid-masjid. Mengikut pendapat al-fakir kalaulah ingin ilmu itu haruslah berguru kerana jikalau ada guru senang kita nk bertanya tentang sesuatu benda yang tidak kita fahami melalui percakapan guru kita,seperti mana kata seorang Wali yang terulung dan Ulama` besar Al-Imam Syafie R.A berkata "saudara ku jangan kamu menuntut ilmu kecuali kena ada 6 perkara dan antaranya ialah ustaz" ini bermakna nak kena berlajar ilmu apa-apa pun memerlukan seorang yang arif.

KELEBIHAN MENUNTUT ILMU

 Pelbagai kelebihan menuntut ilmu Allah SWT.Dimana Nabi Muhammad SAW bersabda

من سلك طريقا يلتمس فيه علما سهل الله له طريقا الى الجنة
(Barang siapa jalan pada satu jalan untuk menuntut ilmu maka allah mempermudahkan jalannya untuk kesyurga)

 hadis ini menerangkan kepada kita antara kepentingan menuntut Ilmu Allah SWT yang amat luas.Kita juga harus menuntut ilmu walau dimana kita berada kerana nabi kita Muhammad SAW bersabda "Tuntutlah Ilmu walau ke negara china",Nabi kita menyuruh menuntut Ilmu walau dimana sekali pun kita berada kerana ilmu itu amatlah penting.

CERITA TENTANG MENUNTUT ILMU

 Ulama`-Ulama` kita amat menitik beratkan tentang Ilmu pengetahuan sehinggakan mereka lupa akan kesihatan mereka seperti mana sifat Ulama besar yakni As-Syeikh Al-Imam Nawawi Rahimahullah yang mengarang kitab Hadis Empat Puluh meninggal dunia dalam keadaan bujang ini kerana kesungguhan dan semangat untuk menuntut ilmu. Al-Imam Ahmad Ibnu Hanbal(Imam Hanbali) juga telah lupa akan hendak berkahwin ini sebagaimana diceritakan dalam sebuah kisah,

 Pada suatu hari Al-Imam Hanbali sedang memberi kuliah kepada pencinta Ilmu lalu datang seorang lelaki dan bertanya dengan bongkak nya kepada Al-Imam Hanbali, lelaki itu adalah Abu Nawas seorang lelaki yang di kasihi Khalifah ketika itu,beliau berkata"Wahai Ahmad sudilah kamu menjawab akan soalan yang akan kutujukan" Maka Imam Hanbali mempersilakan akan abu Nawas memberi soalan tersebut.Lalu Abu Nawas bertanya "aku suka memakan bangkai" lalu orang yang menghadiri majlis ilmu mencela perbuatannya itu,Imam Hanbali menjawab soalan itu dengan tenang "kamu suka memakan Ikan kerana ikan tidak disembelih".Abu Nawas suka mendengar jawapan Imam Hanbali Lalu bertanya lagi aku suka lari dari rahmat Allah SWT,Imam Hanbali menjawab dalam keadaan tenang "engkau lari dari hujan untuk berteduh,hujan itu adalah rahmat Allah SWT",Abu Nawas kelihatan suka dengan jawapan yang diberi oleh Imam Hanbali namun tidak mahu mengalah lalu berkata"Wahai Hadirin sekelian ketahuilah kami amalan ku lebih banyak dari hanbali" orang ramai yang mendengar kenyataan tersebut memaki hamun serta mencela Abu Nawas kerana mengaku amalan lebih banyak dari Imam Hanbali sedangkan Imam Hanbali seorang ahli ibadat yang banyak ibadatnya ketika itu kerana menunaikan solat sunat Duha sebanyak 300 rakaat.Lalu Abu Nawas berkata "ini kerana aku sudah beristeri sedangkan kamu(Imam Hanbali) belum berkahwin ini berdasarkan Hadis Nabi SAW amalan orang yang sudah berkahwin itu lebih banyak". Mendengar itu maka sedarlah Imam Hanbali yang beliau masih bujang dan belum berkahwin. Itulah sifat Ulama kita yang amat mementingkan Ilmu agama sehinggakan kesihatan mereka terjejas sorang Ulama bernama Ar-Razi pula telah menjadi buta kerana banyak melihat kitab dan mengarang kitab.Kehebatan mereka masih tiada peganti siapakah peganti mereka ini??

NASIHAT AL-FAQIR

Wahai sahabat-sahabat yang dikasihi,carilah ilmu Allah SWT walau dimana kita berada bawalah risalah Islam walau dimana kamu berada,Hidup akan bahagia dengan Ilmu dan hidup akan rosak tanpa Ilmu dengan akhir kalam

 "Kejayaan Tanpa Usaha Satu Kebetulan"
                                                                                 
                                                                                     "Kejayaan Dengan Usaha Satu Kepuasan"

"KeGagalan Tanpa Usaha Satu Kebiasaan"
                                                                                 
                                                                                     "KeGagalan Dengan Usaha Satu Suratan"


TaKbIrR!!!!!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...