Jumaat, 31 Disember 2010

Rindu Yang Akan Terubat......

 حَمْدًا لِرَبٍّ خَصَّنَا بِمُحَمَّدٍ وَأَنْقَذَنَا مِنْ ظُلْمَةِ اْلجَهْلِ وَالدَّيَاجِرِ الحَمْدُلِلَّهِ الَّذِيْ هَدَانَا بِعَبْدِهِ اْلمُخْتَارِ مَنْ دَعَانَا إِلَيْهِ بِاْلإِذْنِ وَقَدْ نَادَانَا لَبَّيْكَ يَا مَنْ دَلَّنَا وَحَدَانَا صَلَّى اللهُ وَسَلَّمَ وَبـَارَكَ عَلَيْهِ وَعَلَى آلِهِ اَلْحَمْدُلِلّهِ الَّذِي جَمَعَنَا فِي هَذَا الْمَجْمَعِ اْلكَرِيْمِ وَفِي هَذَا الْجَمْعِ اْلعَظِيْمِ

  Limpahan Rahmat yang diberikan kepada Allah SWT kepada kita semua selaku Hamba-Hamba yang sering dan tidak lari dari melakukkan Dosa terhadapnya dimuka Bumi ini...Tetapi Sang Pencipta Masih memberi nikmatnya kepada kita dengan tidak meminta bayaran dan upah dari kita..Sang Raja di Hari Akhirat kelak telah memerintahkan kita untuk melakukkan Amal-Amal Soleh untuk mendapatkan keredhaannya di Hari Akhirat dan langsung mendapat Syurganya yang indah dengan keindahan yang teramat cantik dan amat menenangkan kita semua....

وَمَا خَلَقۡتُ ٱلۡجِنَّ وَٱلۡإِنسَ إِلَّا لِيَعۡبُدُونِ (٥٦
 Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat kepadaKu. (56)

  Tak sabar rasanya diri Al-fakir untuk menempuhi hari-hari baru disekolah yang bakal tiba pada 2/1/2011 ini..dan dalam masa yang sama bergetar-getar hati Al-fakir untuk menempuhi Syahadah Mutawasitah yang bakal menjelma pada tahun hadapan...Moga-Moga Allah memberi kemudahan diri Al-fakir ini...

   KEHIDUPAN DI TANAH BARAKAH


 Di MDU Al-fakir selalu menjalani kehidupan yang tenang berbanding kehidupan di Bumi yang sebenar...Kenapa Al-Fakir Kata Bumi Yang Sebenar???..Ya Hidup di MDU seolah-olah Al-fakir hidup disatu Alam lain dan jauh dari dunia Luar, kerana disana terdapat Murabbi-Murabbi yang mewakafkan diri mereka kejalan Allah. Kalaulah dikira gaji-gaji mereka dengan ijazah yang mereka perolehi memang tak padan, oleh sebab itu Nampak Jelas yang diri mereka bukan mengejar kebendaan dunia tapi Mewakafkan diri untuk mendapat Keredhaan Allah SWT...dan Kerinduan pada Sahabat-Sahabat tidak dilupakan setelah 2 bulan tidak berjumpa akhirnya kita akan bertemu buat tahun baru dan dengan keazaman yang hebat-hebat belaka....buat Tahun Baru ini Al-fakir harap Al-fakir dapat membanyakkan lagi sesi pengajian Tafaquh dan Umummi di Sekolah dan tidak lena dalam kelas...hehe (memang Tabiat kebanyakan orang)...Allah selalu memayungi Hamba yang mencari keredhaan dan mencari Ilmu dijalannya..

من سلك طريقا يلتمس فيه علما سهل الله له طريقا إلى الجنة
"Barang siapa yang berjalan pada satu jalan untuk menuntut Ilmu Pengetahuan Allah akan mempermudahkan Jalannya untuk ke syurga"

  
   Ilmu itu amat luas dan perlukan kepada Kesabaran untuk mengejarnya.....dan semasa membuka laman Sesawang Al-Fadhil Ust Nazrul Nasir, Al-Fakir tertarik dengan cerita yang ada didalam Lama itu bilamana Al-Fadhil Ustaz Disuruh menjadi Penterjemah kepada Syaikhuna al-Allamah al-Hafidz Muhammad bin Ibrahim bin Abdul Ba’ith al-Kittani al-Syafie hafizahullah di Dewan Besar Yayasan Khariah..Sama-sama kita membaca kisah menarik ini

 Kisah Sang Abid Dengan Sang Alim


Pada suatu masa dahulu, terdapat seorang raja yang sangat bijak. Raja tersebut ingin mengajarkan kepada rakyat jelata suatu perkara yang sangat penting. Mungkin pada waktu itu masyarakat tidak dapat membezakan mana satu golongan alim dan mana satu golongan abid ( yang hanya beribadah tanpa ilmu) .

Maka raja memanggil seorang alim dan seorang abid yang tiada ilmu bagi membuktikan bahawa antara kedua-dua golongan ini pasti terdapat perbezaan yang jelas.

Raja menyuruh kedua-dua orang ini masuk ke dalam bilik yang berbeza. Setiap bilik diletakkan perkara yang sama iaitu diletakkan sebilah pisau, sebotol arak dan seorang wanita. Sang Raja juga mengarahkan kepada kedua-dua orang tersebut untuk melaksanakan salah satu daripada tiga perkara iaitu sama ada meminum arak, atau berzina dengan wanita tersebut atau mengambil pisau yang disediakan lalu membunuh wanita tersebut bagi mengelakkan daripada melakukan dosa zina.

Bilamana dimasukkan si alim dan si abid di dalam bilik masing-masing yang sudah tersedia di dalamnya ketiga-tiga perkara tersebut. Maka kedua-duanya sebaik sahaja berhadapan dengan ketiga-tiga perkara yang diarahkan oleh Sang Raja melaksanakan salah satu daripadanya, masing-masing punya pemikiran dan cara penyelesaian yang berbeza.

Bagaimana Sang Alim dan Sang Abid ini menyelesaikannya? Saya akan ceritakan satu persatu mengikut turutan. Kita lihat dahulu apa yang difikirkan oleh Sang Abid dan bagaimana dia menyelesaikan masalah tersebut.

SANG ABID DAN PENYELESAIANNYA

Sebaik sahaja masuk di dalam bilik tersebut, Sang abid melihat ketiga-tiga perkara telah berada di hadapannya. Sebilah pisau, sebotol arak dan seorang wanita cantik. Maka terlintas di dalam fikiran sang abid bahawa ketiga-tiga ini adalah dosa . Mengambil pisau dan menggunakan pisau tersebut untuk membunuh wanita cantik tersebut bagi mengelakkan zina adalah merupakan dosa yang besar. Berzina dengan wanita tersebut juga merupakan dosa yang besar. Perkara yang paling ringan sedikit berbanding membunuh dan berzina adalah minum arak. Maka , sang abid yang yakin dengan jalan penyelesaiannya terus mengambil botol arak dan meneguk isinya .

Apa yang berlaku seterusnya? Sebaik sang abid tersebut selesai minum arak, dia terus mabuk dan di dalam keadaan tersebut , dia menghampiri wanita cantik itu lalu mengajaknya bersetubuh dan akhirnya mereka berzina . Sebaik selesai berzina, sang abid sedar akan kesalahan yang dilakukannya . Bagi mengelakkan si wanita membongkarkan rahsianya, maka dia terus mengambil pisau dan membunuh wanita tersebut.

Maka , secara tidak sedar , Sang Abid telah melakukan ketiga-tiga perkara dosa tersebut secara sekaligus.

Bagaimana pula keadaan Sang Alim di bilik yang lain? Bagaimanakah dia menyelesaikannya?

Kita akan melihat pula bagaimanakah cara penyelesaian dan pemikiran Sang Alim tersebut.

SANG ALIM DAN PENYELESAIANNYA

Sebaik sahaja sang alim tersebut masuk ke dalam bilik itu, beliau tersentak dengan kewujudan ketiga-tiga perkara tersebut. Sang Raja telah mengarahkan agar melaksanakan salah satu daripada tiga perkara itu.

Sang Alim berfikir, “ Jika aku mengambil pisau dan membunuh wanita itu maka aku telah melakukan dosa membunuh. Membunuh adalah dosa yang besar di sisi Allah taala. Jika aku berzina dengan wanita tersebut juga ianya merupakan dosa yang besar di sisi Allah taala. Jika aku mengambil arak dan meminumnya maka itu juga merupakan dosa yang besar. Jadi bagaimanakah cara yang terbaik untuk aku laksanakan?”

Sang Alim terfikir lagi , “ Jika aku meminum arak, akalku akan hilang dan kemungkinan aku akan laksanakan perkara yang aku tidak fikirkan. Maka jalan yang terbaik pada waktu sekarang adalah dengan aku mengambil pandangan di dalam Mazhab al-Imam Abu Hanifah radhiyallahu anhu yang membenarkan seorang wanita tersebut mengahwinkan dirinya sendiri tanpa kewujudan dan persetujuan walinya”

Maka sang alim terus pergi kepada wanita tersebut dan mengatakan kepadanya : “ Wahai wanita, sudikah kamu berkahwin denganku?

Wanita tersebut bersetuju dengan cadangan yang diberikan oleh Sang Alim tersebut. Maka sang alim tersebut melafazkan lafaz nikah dan sang wanita bersetuju dan menerimanya. Maka secara hukumnya mereka telah berkahwin mengikut pendapat di dalam Mazhab al-Imam Abu Hanifah rahimahullah.

Secara tidak langsung, sang alim telah menjauhkan dirinya daripada kesemua dosa tersebut. Beliau tidak membunuh, tidak minum arak dan berzina. Malah beliau mendapatkan perkara yang lebih besar daripada itu iaitu dengan berkahwin dengan wanita cantik tersebut.

Selesai perkara tersebut, Sang Raja tersenyum kerana akhirnya beliau dapat membuktikan tetap ilmu itu lebih mulia daripada segalanya. Tanpa ilmu seseorang itu akan tersilap melakukan penilaian yang terbaik.

               

  hehe...kan hebat kisah-kisah sebegini kita sampaikan kepada anak-anak kita..bukan kisah-kisah yang tak ketahuan....hehe maaf kalau menyinggung perasaan...................

  Rindu yang mendalam

  Rindu yang paling mendalam dalam hidupku ialah sesi Pengajian Syeikhuna Syeikh Zainol Asri Hafizahullah yang mana ketika berada dalam pengajian tersebut diri Al-fakir terasa nyaman dan seolah-olah masalah-masalah yang tertangung di diri Al-fakir hilang seketika dan amat tersentuh apabila Syeikhuna bercakap kerana Kalam-kalamnya amat indah dan membuatkan diri Al-fakir insaf dan tunduk di Bumi Allah SWT...ini kemungkinan Sifat Tawadhu` yang terdapat pada diri Seyikhuna dan sifat Kewara`kan....inilah yang dipanggil Ulama` diamana apabila bersembang dengan Syeikhuna tiada lain kalamnya hanyalah zikir....




 Rindu Juga Kepada Al-Fadhil Murabbina Ust. Mad Ayob Bin Mad Daud...dimana Sifat ketegasan yang ketara dalam diri beliau dan banyak murid-murid disini menghormati dan menyanjungi sifat ketegasan beliau...dalam pengajian beliau  ketika mana waktu itu kelas Al-fakir ketiadaan Guru mka Murabbina masuk dalam kelas ketika itu Maddah Hafazan..bilau tanya "Maddah apa sekarang nii" maka kami menjawab "hafazan.. ust Wan ajar"..terus Murabbina mentasmi` sorang-sorang dan apabila sampai kepada Al-fakir, Al-fakir ..tersekat dalam surah Munafiqun ayat 7...terus tangan Murabbina hingap ke kepala Al-fakir dan yang mengejutkan Al-fakir ayat yang Al-fakir baru mengahafal terus lancar dan habis sampai ke ayat 10..sedangkan 'STAIL' Al-fakir bila menghafal perlu kepada 10 ulangan tapi ayat 7 - 10 baru 2 ulangan tapi bila di 'sekeh' dengan keberkatannya Al-fakir lancar mnghafaz ayat 7 - 10..peristiwa ini masih tersemat di minda Al-fakir bagi Al-fakir ini keajaiban yang berlaku di diri Al-fakir....inilah sifat yang ada pada Murabbina Syeikhuna Mad Ayob bin Mad Daud....

 Dan Tidak Lupa Pada Guru-Guru Al-fakir yang dirindui:,
  1. Ustaz Zul Qarnain bin Hj Ishaq
  2. Ustaz Wan Aminuddin Bin Wan Ali
  3. Ustaz Mokhtar Bin Ayub
  4. Ustaz Rusyidi 
  5. Ustaz Ibrahim bin Yusuf
  6. Ustaz Zul Kifli 
  7. Ustaz Abdullah Bin Ramli
  8. Ustazah Siti Mekiah
  9. Ustazah Hafsah 
  10. Ustazah Siti Nur Bahya
  11. Ustazah Amal Kawakib Duriywu
  12. Ustazah Hanisah
  13. Ustazah zurain
Moga-Moga Allah Ta`la Meredhai Pengorbanan Mereka Dalam Mendidik Diri Al-Fakir dan Murid-Murid SMIDU AMINNNN!!!!!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...