Isnin, 13 Disember 2010

HADIS: Kelebihan

عن ابن عباس رضى الله عنهما قال:

"جاء رجل إلى النبي صلى الله عليه وسلم فقال : علمني أو دلني على عمل يدخلني الجنة ! قال : "كن مؤذنا" فقال : لا أستطيع قال "كن إماما" قال :لا أستطيع قال : " فقم بإزاء الإمام"

(رواه البخاري في تاريخه والطبراني فى الأوسط)



الحمدالله رب العالمين وصلاة وسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى اله وصحبه أجمعين

اللهم صلى على سيدنا محمد الفاتح لما أغلق والخاتم لما سبق ناصرالحق بالحق والهادي إلى صراتك المستقيم وعلى اله حققدره ومقدره العظيم،


Segala Limpahan puji dan syukur kepada Rabbul jalil dengan Karnia` nya yang masih berjalan dan mengalir dalam tubuh-tubuh pendosa ini,dan masih lagi memberi kelapangan untuk Al-fakir menulis artikel pada kali ini….


Selawat dan Salam keatas Kekasih Allah Nabi Muhammad SAW moga-moga kita berolehi Syafa`at baginda di Padang Masyar nanti Insyaallah….



Pada ruangan atau lebels yang baru ini iaitu HADIS-HADIS baginda SAW..tertimbul rasa diri Al-fakir untuk memasukkan lebels HADIS-HADIS baginda SAW kerana Al-fakir rasa Ilmu ini amat penting dan banyak ilmu Hadis yang amat menfa`at bagi kita..hehe mana ada Ilmu Hadis takder menfa`at kan…jadi kita beroleh balik pada HADIS di atas yang diriwayatkan oleh Ibnu Abbas Radiyallahua`huma

"Daripada Ibnu Abbas Rodiyallahua`huma katanya: Datang seorang lelaki kepada Nabi Muhammad SAW lalu berkata : Ajarkanlah aku atau tunjukkan aku atas amalan yang membolehkan seseorang itu masuk kedalam syurga Nabi menjawab "jadilah Muazzin" lalu dia berkata : kalau tidak boleh nabi bersabda "jadilah Imam" katanya: kalau tidak boleh Nabi bersabda "berdirilah di belakang imam"



Jadi antara amalan yang boleh mendorong kita masuk ke syurga Allah SWT antaranya ialah ketiga-tiga yang di sebut baginda Nabi SAW….



1)Mungkin ramai diantara kita berasa menjadi Bilal ini agak mudah dan memperkecilkan benda ini..tapi secara tidak langsung banyak kelebihan menjadi Bilal atau Muazzin ini….dalam beberapa kitab Ulama` terdahulu banyak membahaskan kelebihan menjadi Muazzin ini dan Al-fakir teringat kata-kata Guru Al-fakir As-Syeikh Zainol Asri Hafizahullah katanya Bilal atau Muazzin yang mengazankan disesebuah surau/Masjid selama 2 tahun maka di padang Masyar kelak dia akan ditempatkan disebuah tempat yang indah dan kelihatan permata Lu`lu wal Marjan dan lehernya akan dipanjangkan diakhirat kelak…dan kelebihannya kata Nabi Muhammad SAW mafhumnya "kalau lah manusia tau pahala pada sof awal dan tukang azan nescaya mereka akan sanggup mengundi" ini antara kelebihannya

"Daripada Anas bin Malik Radiyallahua`nhu berkata maka Nabi SAW bersabda "apabila berkumandang azan di sesebuah kampong maka Allah A`zzaWajjala mengamankan kampong itu dari Azabnya pada hari itu"

(riwayat tabrani)



2)Nabi Muhammad SAW juga menggalagkan kita menjadi Imam yang sudah cukup syarat-syarat Imam…..kerana dalam sembahyang jemaah orang yang mendapat Rahmat daripada Allah SWT dulu ialah Imam barulah Sof pertama dan seterusnya…pahala Imam juga amat besar…tetapi beberapa teguran kepada Imam yang mungkin tidak mengetahui..kadang-kadang dalam bacaan kita ada tersilap (bukan IMAM sahaja kepada SEMUA) semasa kita duduk tahyyat Akhir dimana lafaz أَشْهَدُ yang berbunyi (ASH HADU) ..kadang-kadang Al-Fakir terdengar Imam (yang menggunakan pembesar suara) membaca (ASHADU) iaitu SHIN di SHADDAHkan maka hukumnya tidak batal lagi tetapi perlu diulang tetapi jika memberi Salam tanpa diulang balik maka sembahyangnya tidak Sah…..



3)Dan yang terakhir Nabi Menggalakkan kita sembahyang berjemaah "berdiri dibelakang Imam bermaksud BERJEMAAH)kita mesti berjemaah dimasjid-masjid berhampiran atau surau-surau..kerana sesetengah Ulama` berkata jika bersembahyang Solat Fardhu tanpa jemaah Solatnya dikira sia-sia kerana hanya terputus kewajipannya tetapi tidak mendapat pahala



CERITA ORANG BUTA


Satu hari datang seorang lelaki Buta kepada Nabi Muhammad SAW dan berkata "Ya Rasulullah!izinkan aku solat dirumah kerana aku dalam keadaan buta Nabi pun menjawab "maka solatlah di rumahmu"dan seketika kemudian Nabi bertanya kepada Lelaki tersebut "adakah kamu mendengar Azan?" Maka Lelaki tersebut berkata"Ya aku mendegarnya" Nabi Muhammad SAW bersabda "maka eloklah kamu datang kemasjid(SOLAT JEMAAH)



Cerita ini membuktikan betapa pentingya Solat berjemaah dan Nabi Muhammad SAW bersabda Mafhumnya:

"Solat Berjemaah itu Afdal dari solat bersendirian dengan 27 darajat"



"WALLAHU A`LAM"



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...